KRONOLOGI PEJABAT DAERAH PITAS.

           Daerah Pitas satu ketika dahulu di bawah Pentadbiran Daerah Kudat yang mana Pitas ketika itu  hanya dikenali sebagai daerah kecil sehingga tahun 1974,  pada waktu itu kekuatan anggota hanya seramai 8 orang iaitu seorang  Penolong Pegawai Daerah( Pembangunan/Pentadbiran ) seorang Ketua Kerani dan 6 orang kakitangan.

 

            Pada tahun 1975 Daerah Pitas telah dinaik taraf sebagai Pejabat Daerah penuh dan di tadbir oleh seorang Pegawai Daerah,  Dan pada 31 Ogos 1979 Pejabat Daerah Pitas waktu itu bertapak di SLDP (Sabah Land Development Bhd) yang kini dikenali sebagai LKTNS (Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah).

 

            Kemudian pada 1 September 1979 Pejabat Daerah Pitas berpindah ke bangunan baru Minangkabau” yang bertapak di Kg. Kalumpang Pitas .  Setelah bangunan baru siap terbina pada tahun 1980an Pejabat Daerah Pitas sekali lagi berpindah ke bangunan baru yang bertapak di Kg. Kalumpang yang sekarang diduduki oleh Jabatan Haiwan pitas.  Atas usaha pemimpin terdahulu sekali lagi Pejabat Daerah Pitas berpindah ke tapak Pekan Baru Pitas iaitu pada tahun 1987 dan dibina dengan bangunan konkrit.

 

            Peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh warga kerja Pejabat Daerah Pitas iaitu kejadian kebakaran bangunan Pejabat Daerah pada tahun 1999 yang mana hampir keseluruhan bangunan telah musnah termasuk dokumen-dokumen penting.  Selepas bangunan konkrit Pejabat Pitas terbakar maka sekali lagi Pejabat Daerah telah berpindah ke Rumah Rehat Kerajaan Negeri di Kg. Kalumpang Pekan Lama Pitas,  dan segala urusan Pentadbiran Daerah untuk sementara waktu telah beroperasi di rumah rehat tersebut.

 

            Pada tahun 2001 Pejabat Daerah Pitas telah siap dibina dan waktu itu Pejabat Daerah Pitas berpindah sepenuhnya ke bangunan baru yang bertapak di Pekan Baru Pitas yang siap dibina dan beroperasi sehingga kini.