Lagenda Kapal Nakoda Supirak sangat terkenal dalam cerita rakyat penduduk Kampung Malubang. Pulau batu ini benar-benar menyerupai sebuah kapal. Dikatakan terdapat objek seperti manusia, tali, meja dan lain-lain yang telah bertukar menjadi batu. Menurut Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. George H. Kandavu, beliau telah menghantar sampel kepada Jabatan Muzium untuk dikaji.