• Pitas adalah berasal dari perkataan “NOPITAS” satu perkataan bahasa Suku Kaum Sungai yang bererti terputus. Pada masa itu Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan “NOPITAS” (Terputus) diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang.

  • Daerah Pitas diiktirafkan sebagai sebuah Daerah Penuh pada tahun 1975.

  • Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai.

  • Ia terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebalah barat , Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur.