Fungsi

1) Penyelarasan:

Menyelaras dan menyatukan semua fungsi dan aktiviti pembangunan kerajaan dalam daerah kecil. 

Ianya adalah sebuah Sekretariat Daerah Kecil yang mewakili kerajaan dalam daerah kecil.

 

2) Pembangunan Pentadbiran

Ia merancang dan menyelia perlaksanaan projek-projek kecil pembangunan luar bandar. 

Ia juga mengesan perlaksanaan pembangunan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain dalam daerah kecil.

 

3) Pentadbiran Keadilan

Ia merupakan satu jentera bagi menyelesaikan pertikaian dan kesalahan 

( Civil dan Jenayah ) dalam bidangkuasa Magistret Kelas Dua dimana tidak ada Magistret tempatan.

 

4) Lembaga Perlesenan

Ia bertindak sebagai Lembaga Perlesenan dalam daerah kecil.

  • Ordinan Lesen Perdagangan ( Cap.14)
  • Minuman Keras
  • Borang-borang terkawal
  • Lesen Pajak Gadai
  • Lesen Peniaga Getah

 

5) Pentadbiran Kerajaan Tempatan

Ia mentadbirkan berbagai-bagai ordinan kerajaan tempatan dan perumahan dalam daerah kecil.

 

6) Protokol

Ia bertindak sebagai penerima rasmi pelawat-pelawat penting kerajaan dan 

kebajikan mereka ketika berada dalam daerah kecil