Sejarah

LAGENDA DAERAH KECIL SOOK


 

Di daerah Kecil Sook terdapat sebatang sungai yang merentang di tengah-tengah pekan, dan mengalir hingga ke Kuala sungai Padas. Sungai ini dinamakan " Sungai Sook".  

Menurut cerita zaman dahulu terdapat banyak buaya yang ganas dan tinggal di sungai Sook. Masyarakat kampung yang tinggal di sekitar kawasan Daerah Kecil Sook ini langsung tidak boleh turun ke dalam sungai untuk mandi atau mengambil air minuman, kerana sesiapa juga yang turun ke sungai pasti akan menjadi mangsa keganasan buaya tadi. Salah satu cara yang dilakukan untuk mendapatkan air ialah dengan cara mengaut atau sook air dari sungai tadi, dengan menggunakan gayong yang diperbuat daripada tempurung kelapa atau bambu dan diberi tangkai atau diikat dengan tali. 

" SOOK " adalah perkataan dalam bahasa murut yang membawa makna mengaut atau menggayong.  

Kesimpulan cerita asal daerah ini mendapat panggilan " SOOK ", adalah daripada cara masyarakat kampung mendapatkan air dari sungai tadi.