Lagenda
LAGENDA DAERAH KECIL SOOK. Di daerah Kecil Sook terdapat sebatang sungai
yang merentang di tengah-tengah pekan, dan mengalir hingga ke Kuala sungai
Padas. Sungai ini dinamakan " Sungai Sook".
Menurut cerita zaman dahulu terdapat banyak buaya yang ganas dan tinggal di
sungai Sook. Masyarakat kampung yang tinggal di sekitar kawasan Daerah Kecil
Sook ini langsung tidak boleh turun ke dalam sungai untuk mandi atau
mengambil air minuman, kerana sesiapa juga yang turun ke sungai pasti akan
menjadi mangsa keganasan buaya tadi. Salah satu cara yang dilakukan untuk
mendapatkan air ialah dengan cara mengaut atau sook air dari sungai tadi,
dengan menggunakan gayong yang diperbuat daripada tempurung kelapa atau
bambu dan diberi tangkai atau diikat dengan tali.
"
SOOK " adalah perkataan dalam bahasa murut yang membawa makna mengaut atau
menggayong.
Kesimpulan
cerita asal daerah ini mendapat panggilan " SOOK ", adalah daripada cara
masyarakat kampung mendapatkan air dari sungai tadi.

Kembali