Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Daerah Kecil Sook, semoga dengan melayari laman
web ini, anda akan dapat mengetahui tentang perkembangan terkini mengenai
dengan pentadbiran, pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, adat resam dan corak
kebudayaan yang ada di Daerah Sook.
Sejak Dasar Kerajaan
Elektronik diperkenalkan, kita sentiasa peka dengan perkembangan IT semasa
dan kemudahan pembangunan sumber manusia dalam aplikasi kerajaan yang
menekankan ilmu pengetahuan yang menjurus kepada penggunaan alat-alat
elektronik semasa bagi mencapai misi kerajaan kearah masyarakat yang berilmu,
berpengetahuan dan celik computer.
Kita di Pejabat Daerah Kecil
Sook akan berusaha memperbaiki dan memperkemaskan setiap maklumat serta
perkembangan semasa di daerah ini.
Sekian dan terima kasih.
JASLI TINDI
Penolong Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Kecil Sook |