Pengenalan

Cadangan pengwujudan Daerah Kecil Sook telah dibuat sejak sekian lama. Mengikut sumber cadangan tersebut dibuat dalam tahun 1967. Bagaimanapun daerah ini hanya diwartakan pada 1 Januari 1989, dan Gred V (Ruj:JL.XLIV-16.2.1989 No.7 (CMDC.1603/43).

Pentadbiran Daerah Kecil Sook telah bermula pada bulan April 1992. Walaupun pentadbiran Daerah Kecil Sook baru saja menjangkau 16 tahun lebih, namun sudah dapat dilihat dari segi pembangunan yang begitu pesat dan sedang dijalankan serta terdapat sebahagian besar sukses dilaksanakan.

Terdapat beberapa bangunan dan infrastruktur asas yang dibina dan sedang beroperasi seperti berikut:

Bangunan Pasar Gerai, Dewan Masyarakat, Kedai SEDCO, Pejabat dan Perumahan milik KPD, Kilang Ubi Kayu, Pusat Kesihatan, Pejabat Pertanian dan Perumahan, Pejabat Haiwan dan Perumahan. Sekolah Menengah Kebangsaan, Dewan, Ladang Sawit, Kilang Sawit, Kilang Papan Lapis, Letrik 24 jam dan lebuhraya Sook – Tawau menjadi pemangkin pembangunan dan dapat menjana pertumbuhan ekonomi di daerah ini.

 

Module jsvisit counter
United States 57.2% USA
Malaysia 31.8% Malaysia
Reserved 9.8% Reserved

Total:

22

Countries
00016292
Today: 9
Yesterday: 27
This Week: 111
This Month: 411