SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI PEJABAT DAERAH TUARAN
 

PERUTUSAN
MOHD. SOFIAN ALFIAN NAIR
PEGAWAI DAERAH TUARAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Satu Malaysia, Salam Tuaran Maju Jaya dan Salam Sejahtera,

Selamat melayari portal rasmi Pejabat Daerah Tuaran. Kejayaan memaparkan laman web ini adalah satu peningkatan dalam usaha menyebarluas objektif, misi dan visi pejabat ini. Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Dan sebagai sebuah jabatan di barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di daerah Tuaran maka tentulah banyak maklumat yang perlu dikongsi bersama antara pihak Jabatan dengan pelanggan.

Jabatan ini adalah komited dan akan terus berusaha dengan gigih dan pro-aktif terhadap peningkatan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang demi memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati setiap pelanggan. Kepada para pengunjung laman web ini, saya mengalu - alukan sebarang pandangan, nasihat dan cadangan yang membina bagi memperbaiki konsep, rekabentuk serta maklumat sediaada. InsyaAllah kandungan Laman Web Pejabat Daerah Tuaran yang tidak sepertinya ini akan sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan semasa.

Saya juga menyeru agar warga Pejabat Daerah Tuaran mengamalkan sikap berintegriti dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai jati diri yang tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni dan komited terhadap tugasan yang diberikan.

Akhir kata, semoga usaha kita akan diberkati Allah s.w.t dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan datang tanpa usaha gigih dari kita semua.

Sekian, terima kasih.

 

MOHD. SOFIAN ALFIAN NAIR
PEGAWAI DAERAH TUARAN

 

 



free html visitor counters

Alamat Perhubungan:-

PEJABAT DAERAH TUARAN
BANGUNAN URUSETIA
PETI SURAT 207
89208 TUARAN
Telefon : 088 788511 / 088 788512 / 088 788513 / 088 788514 / 088 788515
Faks : 088 788363

Maklumbalas mengenai laman ini? Sila email kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Pejabat Daerah Tuaran.
Kemaskini terakhir 29 November 2018
PENAFIAN : Pentadbiran dan operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.