![]() |
|||||||||||||
|
BENTUK MUKA BUMI Banjaran Crocker merupakan bentuk muka bumi yang paling dominan di Daerah Tuaran dengan ketinggian diantara 1200 hingga 2500 meter dari paras laut. Lebih kurang 65% muka bumi daerah Tuaran adalah kawasan berbukit bukau. Kawasan tanah rata hanya terdapat di sebahagian kecil daerah Tuaran dan kawasan ini hanyalah kawasan pesisir pantai dan juga sedikit kawasan di sebelah menyebelah hilir sungai Tuaran bermula dari Pekan Tamparuli hinggalah ke muara sungai Tuaran. Sungai Tuaran merupakan sungai yang terpenting di bukan sahaja untuk daerah Tuaran kerana sungai inilah yang menjadi sumber air bersih yang diproses untuk keperluan Daerah Tuaran dan juga sebahagian besar Kota Kinabalu.
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||
| |
|||||||||||||
Alamat Perhubungan:- PEJABAT DAERAH TUARAN |
|||||||||||||
|
|||||||||||||