![]() |
|||||||||||||
|
LATAR BELAKANG Tuaran terletak lebih kurang 34km dari Kota Kinabalu, Ibu Negeri Sabah. Ianya merupakan sebuah daerah yang mempunyai keluasan lebih kurang 450 batu persegi dan mempunyai 212 buah kampung. Jarak yang agak jauh ini meletakkan Daerah Tuaran sebagai sebuah Daerah terpencil tetapi tahap pembangunan yang telah berlaku secara mendadak ini telah merubah keterpencilan ini sehinggakan Daerah Tuaran kini maju hampir setanding dan seiringan dengan Daerah Kota Kinabalu. Daerah ini merupakan pekan yang menjadi pintu masuk ke Utara dan Timur Negeri Sabah. Ini bererti perjalanan menuju ke Kota Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau harus melalui Daerah Tuaran. Pada dasarnya iklim Daerah Tuaran ialah iklim Khatulistiwa. Suhu harian di kebanyakan kawasan Daerah Tuaran adalah di antara 25 darjah Celsius dan 29 darjah Celsius. Walau bagaimanapun, suhu di kawasan banjaran Crocker lebih dingin dan ada ketikanya ia boleh mencecah 14 hingga 24 darjah. Daerah Tuaran menerima hujan tahunan di antara 2500mm hingga 3500 mm. Hujan lebat kerapkali turun semasa Monsoon Barat Daya iaitu di- antara bulan Mei hingga bulan Ogos tetapi hujan paling lebat turun semasa peralihan monsoon di antara bulan September dengan November. Jumlah penduduk daerah Tuaran pada ketika ini ialah 108,360 dan kadar pertumbuhannya adalah 2.78 % setahun.
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||
| |
|||||||||||||
Alamat Perhubungan:- PEJABAT DAERAH TUARAN |
|||||||||||||
|
|||||||||||||