SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI PEJABAT DAERAH TUARAN
 

PERUTUSAN
AWANG SHAMSI HJ. JAMIH
PEGAWAI DAERAH TUARAN

Assallamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Selamat datang ke Laman Web rasmi Pejabat Daerah Tuaran.

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana Laman Web Pejabat Daerah Tuaran telah berjaya diperbaharui berkat usaha dan kerjasama Jawatankuasa IT Pejabat ini demi menyahut seruan kerajaan ke- arah e-Government. Dengan adanya Laman Web ini, kita berharap agar ianya dapat mendedahkan Daerah Tuaran kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai lokasi pelancongan yang menarik dan sekaligus dapat dimanfaatkan sebagai suatu gerbang maklumat kepada pengunjung laman ini.

Tidak dinafikan masih terdapat kelemahan dan kekurangan dalam Laman Web ini namun ianya akan diperbaiki dari masa ke semasa. Oleh itu, bagi memastikan agar Pejabat Daerah Tuaran terus memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya, saya mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan dan komen yang membina dari semua pihak demi kebaikan kita semua.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 


Tiada Info Semasa Setakat Ini...


free html visitor counters

Alamat Perhubungan:-

PEJABAT DAERAH TUARAN
BANGUNAN URUSETIA
PETI SURAT 207
89208 TUARAN
Telefon : 088 788511
Faks : 088 788363
Emel : pd.tuaran@sabah.gov.my

Maklumbalas mengenai laman ini? Sila email kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Pejabat Daerah Tuaran. Kemaskini terakhir 05hb. Feb 2010.

PENAFIAN : Pentadbiran dan operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dperolehi dari laman web ini.