Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang efisyen kepada orang awam dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk memenuhi kepada kepuasan pelanggan. bagi maksud ini kami berjanji. 

Menerima dan membantu menyelesaikan masalah orang awam yang berurusan dengan pejabat ini dalam suasana Mesra dan sedia membantu serta Adil dan Saksama 

Bagi melaksanakan tugas-tugas kami seperti berikut: 
JENIS URUSAN / AKTIVITI
1. BAHAGIAN PENTADBIRAN 
BAHAGIAN PUNGUTAN HASIL 
  • Menerima Pembayaran mengenai 
  • Cukai Persekutuan 
  • Cukai Setem 
  • Cukai-Cukai Negeri 
  • Cukai Pelesenan 
  • Cukai Mahkamah Anak Negeri 
1.2 LESEN PERNIAGAAN 
  • Memproses permohonan baru,  Pembaharuan lesen perniagaan bagi:
  • Dalam Pekan / Bandar 
    • Borang permohonan yang lengkap diisi dan disertai dengan komen, ulasan, pandangan daripada Jabatan Bomba, Majlis Daerah, Jabatan Kesihatan dan Jabatan-Jabatan lain yang berkenaan
  • Luar Bandar / Kampung 
    • Borang permohonan yang lengkap dan disertai dengan surat pengesahan, ulasan daripada Ketua Kampung Pengurusi JKKK berkenaan.  Sudah membayar sewa tambahan kepada Penolong Pemungut Hasil (sekiranya perniagaan tersebut terletak di atas tanah bergeran
2. UNIT AKUAN

Menyimpankira dan menggemaskini Akaun Pejabat Daerah Perbendaharan bagi melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:

  • Menyediakan Anggaran Perbelanjaan / Hasil Tahunan
  • Menyediakan Baucer Perbelanjaan Bulanan 
  • Gaji Pegawai dan Kakitangan 
  • Elaun wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina 
  • Tuntutan Elaun Pegawai dan Kakitangan 
  • Mengeluarkan PP(LPO) atau PKA (GWO) 
  • Menyediakan Baucer Pembayaran Bil  PP dan PKA
  • Menyediakan Laporan Penyesuaian Bulanan 
  • Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan
3. UNIT FAIL DAN REKOD
3.1 BAHAGIAN FAIL
  • Menerima dan mendaftar surat ke dalam buku daftar. 
  • mendoket surat, mencatit kertas minit dan membubuh nombor siri. 
  • Menyerahkan fail kepada Pegawai Daerah / kakitangan yang berkenaan mengikut arahan tugas oleh Pegawai Daerah / Penolong Pegawai Daerah. 
  • Menyimpan kembali fail yang tidak memerlukan tindakan 
  • Menyerahkan fail yang diperlukan untuk tindakan kepada pegawai / kakitangan yang berkenaan. 
  • Menyimpan fail KIV dan menyerahkan kepada pegawai/kakitangan pada tarikh diperlukan 
  • Membuka fail baru dan menutup fail yang telah mencapai ketebalan yang ditetapkan
3.2. BAHAGIAN REKOD
  • Mengumpul maklumat peribadi Pegawai/Kakitangan untuk pembuatan dan pengemaskini Buku Perkhidmatan
  • Mengemukakan Buku Perkhidmatan kepada Pegawai Daerah untuk ditandatangi 
4. UNIT MAHKAMAH MAJISTRET
  • Mendaftar dan Mengadil 
  • Kes-Kes Sibil, Kes Jenayah dan Trafik, Tuntutan Kecil, Saman Jabatan, Daftar Lewat Kelahiran 
  • Menerima dan menyelesaikan (yang mana boleh) aduan permasalahan orang awam yang berkaitan dengan Undang-Undang 
  • Pesuruhjaya Sumpah
5. UNIT MAHKAMAH ANAK NEGERI
  • Menerima aduan sama yang berkaitan dengan adat istidat Anak Negeri Sabah. 
    • Dalam Daerah Tenom 
    • Luar Daerah Tenom 
  • Memproses Permohonan Tuntut Waris 
    • Harta benda waris (selain daripada Hartanah) 
    • Hartanah 
  • Memproses permohonan Pendaftaran Perkahwinan Anak Negeri Sabah. 
  • Memproses Permohonan Surat Cerai 
  • Memproses Permohonan Mengangkat Anak 
  • Pengesahan status Surat Anak Negeri. 
6. BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
  • Melaksanakan semua Projek Pembangunan yang telah diluluskan / disalurkan ke pejabat ini 
  • Menerima dan memproses semua Permohonan Projek Kecil Luar Bandar mengikut keutamaan 
  • Membuat penyiasatan tapak projek, menyediakan plan lakaran, spesifikasi serta anggaran peruntukan 
  • Mengeluarkan perintah kerja Am (PKA) mengeluarkan pesanan pembelian (LPO) kepada pelaksana 
  • Pemeriksaan projek pembangunan yang telah siap 
  • Memproses tuntutan pembayaran bagi Projek-Projek Kecil Pembangunan telah siap sepenuhnya