![]() |
|
|
|
| LATAR
BELAKANG
Cadangan
pengwujudan Pusat Kebudayaan untuk kaum Murut telah diilhamkan oleh mantan
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah ketika itu YB. Datuk Kadoh
Agundong. Projek ini telah dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Negeri Sabah. Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini terletak di Kampung
Pulong kira-kira 13km daripada Pekan Tenom. Dibina diatas kawasan seluas
33 ekar.
Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini telah beroperasi sejak 01 Januari 1997 dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan berfungsi untuk:
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah mempunyai 4 bahagian kegiatan untuk dilaksanakan:
Pusat Kebudayaan ini telah dirasmikan pada 30 April 1997 oleh YB. Datuk Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah. KEBUDAYAAN
Daerah
Tenom yang majoritinya terdiri dari suku Kaum Murut yang kaya dengan
kebudayaannya.
Pakaian yang berwarna warni kepada tarian kebudayaan yang unik. Di Tenom
terdapat beberapa suku Kaum Murut iaitu suku Murut Tagol yang menetap dan
tinggal di kawasan Kemabong, Tomani dan Rundum manakala suku Kaum Murut
Timugon tinggal atau menetap berhampiran dengan kawasan pekan dan di Mukim Melalap, Mandalom Entabuan.
Tarian Lumigo dan Ansayau kebiasaannya ditarikan semasa menyambut tetamu. Selain daripada itu, terdapat juga tarian daripada suku kaum yang lain seperti Kadazan/Dusun, Lundayeh Cina. Pelawat akan berpeluang untuk menyaksikan tarian-tarian ini terutamanya sekali pada musim Perayaan Pesta Kaamatan. KRAFTANGAN
Tenom juga terkenal dengan hasilan kraftangan dengan corak yang unik dan menarik serta mempunyai makna yang tersendiri. Kraftangan ini hanya boleh di dapati melalui tempahan. TUGU
PAHLAWAN ANTANOM
Sebagai memperingati pahlawan Antanom, sebuah Tugu Peringatan telah didirikan berhampiran dengan Hotel Tenom. Keluasan tapak kawasan ini seluas 0.75 ekar. Kos dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah. Disamping tugu juga dibina Taman Rekreasi dan Pusat Penerangan Sejarah berhampiran dengan tugu tersebut. Sumber: Pejabat Daerah Tenom. |