Sejarah Daerah

Daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900an. Pegawai Dearah yang pertama bernama bernama M.C.M. Weedon.

Pembukaaan Daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate.

Namun demikian, mengikut kajian Arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962).  Dr. Neville (1963) A.H Dumbelton dan  F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980), ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal (Penotal Gorge) dan bukit bukau di Banjaran Kroker (Crocker Range) terbukti kawasan ini telah diduduki sejak pra sejarah lagi.

 Di kawasan ini dijumpai 'Batu Penukul' beliung, batu yang digunakan oleh orang orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian.  Pada mulanya nama Daerah Tenom adalah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Brich (1901-1904) .

Bagaimanapun nama Tenom telah ujud pada tahun 1904 berikutan  dengan siapnya pembinaan jalan keretapi dari Beaufort  ke Tenom dan Melalap.