LATAR BELAKANG
Cadangan pengwujudan Pusat Kebudayaan untuk kaum Murut telah diilhamkan oleh mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah ketika itu YB. Datuk Kadoh Agundong. Projek ini telah dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah. Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini terletak di Kampung Pulong kira-kira 13km daripada Pekan Tenom. Dibina diatas kawasan seluas 33 ekar.
Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini telah beroperasi sejak 01 Januari 1997 dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan berfungsi untuk:
RANCANGAN MASA DEPAN
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah mempunyai 4 bahagian kegiatan untuk dilaksanakan:
Bahagian Pembangunan dan Penggalakan Kebudayaan
Bahagian Balai Seni Lukis Sabah
Bahagian Pendidikan dan Pengembangan Kesenian
Kakitangan Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom
Pusat Kebudayaan ini telah dirasmikan pada 30 April 1997 oleh YB. Datuk Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.
KEBUDAYAAN
Daerah Tenom yang majoritinya terdiri dari suku Kaum Murut yang kaya dengan kebudayaannya. Pakaian yang berwarna warni kepada tarian kebudayaan yang unik. Di Tenom terdapat beberapa suku Kaum Murut iaitu suku Murut Tagol yang menetap dan tinggal di kawasan Kemabong, Tomani dan Rundum manakala suku Kaum Murut Timugon tinggal atau menetap berhampiran dengan kawasan pekan dan di Mukim Melalap, Mandalom Entabuan.
Tarian Lumigo dan Ansayau kebiasaannya ditarikan semasa menyambut tetamu. Selain daripada itu, terdapat juga tarian daripada suku kaum yang lain seperti Kadazan/Dusun, Lundayeh Cina. Pelawat akan berpeluang untuk menyaksikan tarian-tarian ini terutamanya sekali pada musim Perayaan Pesta Kaamatan.
KRAFTANGAN
Tenom juga terkenal dengan hasilan kraftangan dengan corak yang unik dan menarik serta mempunyai makna yang tersendiri. Kraftangan ini hanya boleh di dapati melalui tempahan.
TUGU PAHLAWAN ANTANOM
Sebagai memperingati pahlawan Antanom, sebuah Tugu Peringatan telah didirikan berhampiran dengan Hotel Tenom. Keluasan tapak kawasan ini seluas 0.75 ekar. Kos dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah. Disamping tugu juga dibina Taman Rekreasi dan Pusat Penerangan Sejarah berhampiran dengan tugu tersebut.
Sumber: Pejabat Daerah Tenom.
IRAU PANGEH NGERANI
Irau Pangeh Ngerani adalah satu kesyukuran bagi suku kaum Lundayeh selepas menuai padi. Sebelum perayaan ini diadakan, upacara " Muang Biung " yang mengambil masa hampir sebulan diadakan secara bergotong-royong. Dalam upacara tersebut pihak kaum ibu bekerja menumbuk padi dengan menggunakan alu dan lesung manakala kaum lelaki mengambil kayu api seberapa banyak yang boleh. Beras yang dihasilkan kemudiannya dimasukkan kedalam "Biung". Pada masa yang sama, proses membuat tapai juga dilakukan.
Setelah upacara Muang Biung selesai, Pesta Irau Pangeh Ngerani pun dilangsungkan. Acara rasmi pada perayaan tersebut adalah meminum " Burak Aning". Dalam acara ini semua penghuni rumah panjang dikehendaki meminum Burak Aning sebelum masuk ke ruang pesta yang sebenar. Irau Pangeh Ngerani biasanya berlangsung antara dua hingga tiga hari.
Nota: Masyarakat Lundayeh pada masa dahulu tinggal disebuah rumah panjang mengikut puak.
Terjemahan:
Lundayeh | Bahasa Malaysia |
Muang | Mengisi |
Biung | Labu Besar yang dikeringkan |
Burak | Aning Tapai daripada beras (Lihing) |
Irau Pangeh Ngerani | Pesta selepas menuai |
Sumber: Encik Langub Padan, Kg. Baru Jumpa Tenom.
SEJARAH PERAYAAN & KEBUDAYAAN
[ Suku Kaum Murut Sabah ]
Perayaan Mansisia
Hari Pesta Menuai dalam bahasa Murut ialah " OROU NAPANGAAN NANANTAB". Walau bagaimanapun nama sebenar perayaan selepas menuai pada bagi suku kaum Murut adalah " Mansisia". Sebelum perayaan tersebut, setiap keluarga menyumbangkan beras hasil dari titik peluh mereka kepada Ketua Masyarakat ( Penghulu ) untuk dimasak samada dibuat tapai atau untuk nasi. Mereka juga menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa perayaan. Apabila hari Mansisia menjelang, semua penduduk kampung akan menghadiri jamuan makan/minum di Tulus ( Rumah Panjang ) atau di Rumah Ketua Masyarakat jika kampung berkenaan tidak mempunyai " Tulus".
Acara rasmi dalam perayaan tersebut adalah meminum tapai yang dipanggil " Pansisiaan". Semua penduduk kampung dikehendaki meminum tapai tersebut sebagai satu tradisi ( adat ).
Dalam perayaan Mansisia semua penduduk kampung dapat menikmati hasil tuaian setiap keluarga memandangkan beras yang disumbangkan sebelumnya dicampur-gaulkan sebelum dimasak.
Tujuan perayaan Mansisia ini adalah sebagai hari kesyukuran dan bersukaria. Hari tersebut juga dianggap sebagai hari Kelepasan Am bagi para petani. Biasanya perayaan tersebut dilengkapi dengan beberapa acara yang menarik seperti persembahan kebudayaan, minum tapai dan bermacam-macam lagi sesuai dengan suasana sambutan " Mansisia ".
Sumber: Penduduk Kampung Pulong, Tenom.