Lokasi Daerah

Kedudukan Tenom adalah dikelilingi oleh sempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

Keluasan Daerah Tenom kira kira 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong.

Hujan Tropika yang lebat dan subur di dapati di tanah-tanah rendah dan berbukit-bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dua buah sungai yang mengalir melalui daerah ini iaitu Sungai Padas dan Sungai Pegalan, merupakan sumber air kepada penduduk-penduduk Daerah Tenom dan juga sebagai penjana bekalan api Elektrik Hidro Tenom Pangi.