Perutusan

WhatsApp-Image-2019-11-18-at-14.41.47.jpeg - 61.46 kb

Rakaman penghargaan saya tujukan kepada semua pihak khususnya webmaster Pejabat Daerah Tenom dan semua kakitangan Pejabat Daerah Tenom di atas kejayaan menyiapkan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Tenom ini.

Pembangunan Laman Web Rasmi ini sebagai platform kerajaan agar semua Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri membangunkan Laman Web Rasmi Jabatan. Di zaman era teknologi ini banyak maklumat Daerah perlu di buat melalui diatas talian supaya dapat dicapai oleh semua orang awam, Pelajar-Pelajar Universiti, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan penduduk Daerah itu sendiri melalui internet.

Sejajar dengan hasrat dan impian tersebut, pelaksanaan penyebaran maklumat melalui online pasti akan memberi kesan positif kepada semua masyarakat dan sememangnya merupakan elemen yang penting dalam usaha menjadikan Kerajaan Negeri sebagai hab ICT dan multimedia di peringkat global. Industri ini mampu memberi sumbangan bukan sahaja dalam sektor ekonomi malah masyarakat juga mendapat manfaatnya.

Akhir kata, selamat melayari ke Laman Web Pejabat Daerah Tenom. Sekian Terima kasih


SUNGKIM RUMANGUN
Pegawai Daerah Tenom