Fungsi Jabatan

FUNGSI PEJABAT DAERAH TAMBUNAN

Pejabat Daerah merupakan Penyelaras (chief coordinator) ke atas semua aktiviti pembangunan di Peringkat daerah dan sebagai cawangan tempatan kepada Urus Setia Negeri (State secretariat) dan kerajaan Persekutuan. Objektif-objektif jangka panjang oleh kerajaan adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Objektif penting yang harus dicapai oleh Pejabat Daerah ialah:

  • Permodenan taraf hidup masyarakat luar bandar
  • Penyediaan kemudahan-kemudahan asas
  • Pengujudan Peluang pekerjaan
  • Pembangunan masyarakat

TANGGUNGJAWAB DAN AKTIVITI BAHAGIAN PEJABAT DAERAH

Pejabat Daerah Tambunan mempunyai empat (4) bahagian utama iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan
  • Bahagian Pembangunan
  • Bahagian Mahkamah 
  • Bahagian Tanah

Tanggungjawab dan aktiviti setiap bahagian adalah :


Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan

  • Menyediakan anggaran Perbelanjaan
  • Pungutan Hasil
  • Pelesenan
  • Perakaunan
  • Urusan Fail
  • Pengurusan Pejabat
  • Pentadbiran Pelbagai Undang-Undang
  • Mengurus hal-hal Perjawatan
  • Urusan Tawaran dan Sebutharga
  • Pelantikan Ketua Daerah / Ketua Anak Negeri / Wakil Ketua Anak Negeri / Pemimpin Masyarakat / Cina dan Ketua Kampung
  • Urusan Keselamatan
  • Urusan Kehakiman
  • Urusan Pilihanraya
  • Urusan Banci Penduduk
  • Menyelaras Penggunaan Komputer dan melaksanakan sistem –sistem komputer yang diperkenalkan oleh kerajaan (SISPAN, SISVOT,SISFAIL,SISPHAN dan SMAPAN)
  • Pengurusan kenderaan jabatan dan mesin-mesin pejabat

Bahagian Pembangunan

  • Pentadbiran Pembangunan terbahagi kepada tiga (3) bahagian kecil iaitu Bahagian Perancangan, Bahagian Pelaksanaan dan Bahagian Projek Kecil.
    Bahagian Perancangan bertanggungjawab ke atas perancangan pembangunan di peringkat daerah berdasarkan strategi pembangunan negeri. Pengumpulan data sosio-ekonomi, penyediaan peta-peta asas daerah dan sebagainya. Fungsi utama bahagian ini adalah merancang projek-projek pembangunan daerah berdasarkan data-data terkumpul termasuk Rancangan Malaysia Lima tahun.

Pengemaskinian maklumat-maklumat dalam bank data dan pelan pembangunan daerah juga menjadi salah satu fungsi bahagian ini. Bahagian ini juga menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

  • Bahagian pelaksanaan adalah bertanggungjawab ke atas penyelarasan pelaksanaan semua projek pembangunan di peringkat daerah, termasuk projek-projek kecil luar bandar yang diuruskan oleh pejabat Daerah. Bahagian ini mengesan dan mengawasi pelaksanaan projek-projek dengan mendapatkan maklumbalas daripada agensi-agensi pelaksana dari masa ke semasa dan mengemaskini bank data mengenai tahap pelaksanaan sesuatu projek.
  • Bahagian Projek Kecil adalah bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar yang dirancang sehingga projek itu siap dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan projek hendaklah berasaskan pelan pembangunan daerah yang disediakan bahagian perancangan. Perlaksanaan projek termasuk urusan tender/sebutharga projek, pemeriksaan dan pengawalan projek dan pengesanan pelaksanaan projek. Data mengenai tahap pelaksanaan projek hendaklah dihantar ke bahagian pelaksanaan untuk disimpan dalam bank data untuk tujuan pengesanan.

Secara keseluruhannya, Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk menguruskan :

  • Perancangan Projek-Projek pembangunan
  • Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek luar bandar
  • Pengawalan dan pemeriksaaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar
  • Pentadbiran JKKK
  • Mengemaskinikan data-data di Bilik Gerakan
  • Merancang dan melaksanakan Program-Program Pembasmian kemiskinan serta mengemaskini data-data Ketua Isi rumah Termiskin
  • Menyelaras Program-program Pembasmian kemiskinan yang dirancangkan oleh agensi-agensi lain
  • Menyediakan dokumen-dokumen ISO 9000 mengenai Pelaksanaan Projek Kecil Luar Bandar
  • Menyediakan Pelan Pembangunan Daerah Lima Tahun
  • Menyelaras Pembangunan Ekonomi Daerah
  • Merancang Pembangunan pelancongan daerah; dan
  • Perancangan sumber Manusia termasuk mendaftar pencari kerja dan mengatur program latihan
  • Bahagian Mahkamah

Bahagian mahkamah terbahagi kepada dua (2) unit kecil iaitu :

a. Mahkamah Majistret

b. Mahkamah Anak Negeri

Mahkamah Majistret

Dikendalikan oleh seorang kerani . Segala urusan penghakiman dan pembicaraan adalah dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Majistret Kelas Satu yang berpejabat di Keningau. Antara lain tugas-tugas yang dikendalikan oleh unit ini adalah:

  • Mendaftar kes-kes sivil, trafik, juvana dan jenayah di bawah bidang kuasa Majistret Kelas Satu
  • Menguruskan pembicaraan kes-kes
  • Mengeluarkan saman, waran tangkap, waran lunatik dan waran penjara dan panggilan menghadiri mahkamah

Mahkamah Anak Negeri

Pengujudan Bahagian ini adalah untuk mempastikan kebajikan kaum-kaum yang tinggal di luar bandar terpelihara dan adat resam mereka terjaga. Kerajaan telah melantik ketua-ketua kaum seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung untuk menganggotai Mahkamah Anak Negeri untuk mengadili sebarang kesalahan-kesalahan adat. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan Mahkamah Anak Negeri seperti berikut:

  • Tuntut Waris bagi anak Negeri yang bukan beragama Islam sahaja
  • Urusan Perkahwinan
  • Urusan Perceraian
  • Pentadbiran Ordinan Mahkamah Anak Negeri
  • Pembicaraan kes-kes yang ada kaitan dengan adat resam
  • Memproses permohonan mengangkat anak (adoption).

Bahagian Tanah

Bahagian ini diketuai oleh seorang Penyelia Pejabat Tanah. Kakitangan di Bahagian ini adalah di bawah kawalan Jabatan Tanah dan ukur. Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) terlibat dalam pentadbiran tanah di peringkat daerah sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah. Tugas-tugas dan tanggungjawab di bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Memproses permohonan tanah
  • Memproses PengambilanTanah
  • Memproses Pindah milik, penggadaian tanah dan Penyerahan Tanah
  • Membuka doket serta memproses 'Land Enquiries'
  • Memproses Pendaftaran Geran Tanah (NT/ FR)
  • Memproses Permohonan tuntut Waris (Geran Tanah)
  • Memproses Permohonan dan pendaftaran TOL (Lesen Duduk Sementara)
  • Memungut Cukai-Cukai Tanah
  • Memproses Pewartaan Tanah Simpanan Kerajaan

TUGAS-TUGAS PEGAWAI DAERAH

Peranan dan fungsi Pejabat Daerah seperti yang dinyatakan di atas , adalah dicerminkan oleh tugas-tugas yang dikendalikan oleh Pegawai Daerah yang merangkumi fungsi-fungsi seperti berikut:

Pentadbiran Am dan Kewangan

  • Pungutan Hasil
  • Perakaunan
  • Pengurusan Pejabat
  • Hal-hal Perjawatan Kakitangan
  • Urusan Protokol dan Istiadat
  • Keselamatan
  • Tawaran dan Sebutharga
  • Urusan Stor

Pentadbiran Pembangunan

  • Pentadbiran JKKK
  • Perancangan Projek-Projek pembangunan
  • Intergrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar
  • Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar

Pembasmian kemiskinan

  • Mengumpul maklumat ketua Isi Rumah Termiskin
  • Merancang aktiviti pembasmian kemiskinan; dan
  • Mempastikan pelaksanaan Program Desa Wawasan dan gerakan Desa Wawasan berjalan dengan jayanya

Pengurusan sumber Manusia

  • Mendaftarkan pencari kerja dan menyediakan maklumat lengkap mengenai pencari kerja di daerah
  • Menguruskan program-program kerjaya

Pentadbiran Tanah

Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran bertindak sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah dalam urusan pentadbiran Tanah di peringkat daerah untuk menguatkuasakan Undang-Undang seperti berikut :

  • Undang-Undang Tanah Cap.68
  • Undang-Undang pengambilan Tanah Cap.69

Pentadbiran kerajaan Tempatan

Pegawai Daerah bertindak sebagai pengerusi Majlis Daerah dalam urusan pentadiran Majlis Daerah untuk menguatkuasakan Undang-Undang berikut:

  • Pelbagai Undang-Undang Kecil (By-laws Majlis Daerah);
  • Standing Orders Majlis Daerah
  • Ordinan Kerajaan Tempatan
  • Ordinan Perancang Bandar dan Wilayah Cap.41

Pentadbiran Kehakiman (Mahkamah Majistret)

Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dilantik sebagai “Ex-Officio Second Class Majistrate” untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

  • Pembicaraan kes-kes ‘minor offences’
  • Menandatangani “Remand warrant
  • Mendatangani Waran penjara (Commit to prison)
  • Mendatangani waran masuk “mental asylum”
  • Mengendos atau mengesahkan surat-surat akuan/ surat sumpah dan surat-surat perjanjian dan sebagainya

Pentadbiran Luar bandar

Pegawai Daerah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) sebagai setiausaha Jawatankuasa Pentadbiran Luar Bandar untuk menguruskan pemilihan / pelantikan Ketua Daerah / Ketua Anak Negeri / Pemimpin masyarakat Cina / Wakill Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.

Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri

Pegawai Daerah mendengar rayuan daripada Mahkamah Anak Negeri serta memeriksa semula kes-kes keputusan-keputusan Mahkamah Anak Negeri menurut kehendak “Native Court Ordinance Cap.86”

Pelesenan

Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) bertindak sebagai pihak berkuasa pelesenan untuk mengeluarkan lesen-lesen seperti berikut:

  • Lesen Perniagaan
  • Lesen Minuman Keras (Setelah diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Eksais) menurut kehendak Akta Eksais 1976.


Pendaftaran

Pegawai Daerah Tambunan terlibat dalam urusan Pendaftaran Negara sebagai Pengerusi Tribunal Perkahwinan peringkat Daerah.

Urusan Pilihanraya

Pegawai Daerah bertindak sebagai Timbalan Pegawai Pendaftaran bagi Kawasan Parlimen P157 dan juga Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri N. 32 Tambunan dan Timbalan Pegawai Pengurus bagi Pilihanraya Parlimen P.180 Keningau.

Urusan Banci Penduduk

Pegawai Daerah bertindak sebagai Penolong Persuruhjaya Banci bagi Gerakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia.


Fungsi Berkanun Yang Lain

Pegawai Daerah juga terlibat dalam pentadbiran undang-undang seperti:

  • Maintenance Ordinance 1959
  • Statutory Declaration Ordinance Cap. 138
  • Road Vehicle Ordinance
  • Defination of Natives Ordinance
  • Administration of Natives and Small Estates Ordinance Cap.1
  • Auctioner Ordinance Cap.9
  • Agricultural Pest Ordinance Cap.4
  • Burial Ordinance Cap.19
  • Cattle, Grazing and Pounds Ordinance cap.31
  • Akta Kawalan Bekalan 1961
  • Adoption Ordinance; dan
  • Law Reform (Marriage and Divorce)Act. 1976


Kepimpinan

Pegawai Daerah memberikan kepimpinan kepada agensi-agensi kerajaan dan Badan-badan Sukarela di samping menjadi pengerusi pelaksanaan kepada setiap majlis dan perayaan rasmi kerajaan di peringkat daerah.

Penutup

Fungsi dan peranan Pejabat Daerah telah bertambah atas faktor-faktor berikut:-

  • Pertambahan Beban Tugas
  • Pertambahan penduduk setiap daerah
  • Pertambahan penduduk tempatan bermakna pertambahan bilangan kawalan dan tanggungjawab yang bukan sahaja meningkat dari segi jumlah kerja (work volume) juga complexitnya kerana pegawai Daerah terpaksa menyelesaikan masalah-masalah lebih ramai penduduk.
  • Pertambahan kawasan pilihanraya
  • Telah memberi korelasi langsung dari segi pertambahan aktiviti dan tugas pentadbiran daerah dalam pembangunan sosial ekonomi.
  • Penubuhan Agensi Kerajaan Yang Baru
  • Penubuhan agensi baru atau perkembangan bidang kawalan dan tanggungjawab agensi yang sedia wujud akan bermakna pertambahan bidang kawalan bagi Pegawai Daerah kerana Kementerian atau jabatan baru akan memerlukan kerjasama Pegawai Daerah dari segi mendapatkan input dalam pencapaian objektif masing-masing.