Kerajaan Eletronik Sabah | KPLB | MCSL | e-cuti pdtbn | SM2 pdtbn | e-Krusus


PROFIAL PEJABAT DEARAH TAMBUNAN
 

Latar Belakang Pejabat Daerah Tambunan

bangunan urusetia lamaPada tahun 1946 daerah Tambunan hanya mempunyai sebuah pejabat yang diketuai oleh Ketua Kerani dan terletak dibawah pentadbiran Pejabat Daerah keningau. Pada masa itu pejabat pentadbiran di Tambunan hanya dilawati oleh Pegawai Daerah Keningau sebulan sekali. Daerah Tambunan telah dinaiktaraf kepada Pentadbiran Pejabat Daerah pada tahun 1948 iaitu tiga (3) tahun selepas perang dunia Kedua. Pegawai Daerah yang pertama yang ditempatkan di Pejabat Daerah Tambunan ialah OKK Tambakau.

Pada tahun 1948 juga, Pejabat daerah Tambunan menggunakan bangunan yang diperbuat daripada bambu sebagai bangunan pentadbiran. Hanya pada tahun 1949, urus setia pejabat Daerah berpindah ke bangunan baru (Bangunan tersebut kini digunakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur). Pejabat daerah telah mengalami arus pembangunan dengan mendapat bangunan Urus Setia pada tahun 1978 iaitu bangunan yang digunakan pada masa sekarang.

bangunan urusetia baruSenarai Pegawai Daerah yang pernah bertugas di Pejabat Daerah Tambunan adalah seperti dalam Lampiran I. Sejarah asal usul kewujudan Daerah Tambunan adalah seperti dalam Lampiran II. Pentadbiran Pejabat Daerah hari ini masih merangkumi fungsi-fungsi asas yang dilaksanakan di bawah pentadbiran British, bagaimanapun terdapat beberapa perubahan utama dari segi tekanan, objektif dan liputan

pentadbiran daerah pada hari ini. Penekanan diberi terhadap pembangunan, manakala objektif ialah untuk peningkatan taraf hidup, pembasmian kemiskinan dan penyususnan semula masyarakat untuk mempastikan kekayaan negeri dan sumber-sumber hasil dibahagikan sama rata dan secara adil kepada rakyat.



KAKITANGAN PEJABAT DAERAH TAMBUNAN
Jumlah kakitangan pejabat daerah Tambunan adalah seperti berikut:
Bil.BahagianJumlah Kakitangan
1Bahagian Pentadbiran Am dan kewangan32 orang
2Bahagian Pembangunan6 orang
3Bahagian Mahkamah Anak Negeri9 orang
4Bahagian Mahkamah Majistret1 orang
5Bahagian Tanah11 orang

SENARAI PEGAWAI DAERAH YANG PERNAH BERKHIDMAT DI PEJABAT DAERAH TAMBUNAN
NAMATAHUN
MR D.H. FIELDING 
ENCIK ASKHAR HASBULLAH 
ENCIK AWANG TAUFECK 
MR DONALD WILLIAMSON 
MR HENRY MOSIUN  
MR LOUIS CHEE SU YU  
MR RAYMOND PRITCHARD  
MR WILLIAM BAXTER  
MR GOH BEE LING  
MR JOSEPH CHIA SWEE CHUNG  
MR TONY CHONG KHEE MIN  
ENCIK MOHD ABDUL RAHMAN1971-1972
ENCIK AMIT GUYAH1973-1974
ENCIK AWANG SALLEH KONOLON1975 - 1976
ENCIK MOHAMAD ABDUL RAHMANJanuari 1976 -1979
DATUK IGNATIUS BANTOISeptember 1979
Y.BHG DATUK AMIT GUYAH1980 - 1982
Encik NORDIN SIMAN ( HAJI )1982 - 1983
ENCIK MARTIN IDANG1983 - 1984
ENCIK JAMES LOIJIN1987 -1993
ENCIK BERNARD DALINTING1993 - Feb 1994
ENCIK ALFRED LOJITANMac 1994- 14 Jun 1994
Y.BHG DATUK CLAUDIUS ROMAN15 Jun 1994 -30 Ogos.1996
ENCIK STEVEN AWIT BELIKU01 Sept. 1996


 
E-Borang
Trading Licence
Change Particular
 Hak cipta terpelihara oleh Pejabat Daerah Tambunan 2004