Muka Depan
 

Sejarah Pentadbiran Awal

Pada tahun 1945 - 1946 iaitu selepas zaman penjajahan Tentera Jepun, pemerintahan Daerah Semporna telah diambil semula dan ditadbir oleh Tentera Bersekutu yang terdiri daripada Negara Amerika Syarikat, England dan Australia. Pejabat Pentadbiran Tentera Bersekutu berpusat di kawasan yang digelar sebagai Rumah Merah yang juga merupakan tempat penginapan Mejar Blew, Ketua Pentadbir Tentera Bersekutu Daerah Semporna. Mejar Blew adalah merupakan Pegawai Daerah Semporna yang pertama. Beliau mentadbir daerah Semporna bersama-sama dengan 2 orang kakitangan bawahan dan salah seorang darinya ialah Datuk Pg. Abdullah bin Uddang, pemimpin masyarakat Daerah Semporna yang berpengaruh. Semasa pentadbiran Mejar Blew, kemudahan awam yang ada di daerah Semporna hanyalah sebuah Klinik Kesihatan yang dikendalikan oleh seorang rakyat berbangsa Jerman dan sebuah Sekolah NVS (Native Voluntary School) yang terletak di Pekan Semporna. Sekolah NVS tersebut ditadbir oleh seorang guru iaitu Encik Awang Besar bin Burut dengan muridnya seramai 6 hingga 10 orang sahaja.

______________________________________________________________________

Sejarah Awal Pejabat Daerah Semporna

Selepas pemerintahan Tentera Bersekutu, Pentadbiran Awam yang pertama telah ditubuhkan pada 1947 - 1949 yang dikenali sebagai Pejabat Daerah Semporna. Pentadbiran daerah Semporna pada masa itu diketuai oleh Mr. Babrook, Penolong Pegawai Daerah dengan dibantu oleh Datuk Pg. Abdullah bin Uddang, Ketua Daerah Semporna dan seorang kerani, Encik Iris. Pusat Pentadbiran Pejabat Daerah Semporna berpusat di sebuah pejabat yang dipanggil Rumah Panjang (Lokasinya di Taman Rekreasi Pekan Semporna). Pada tahun 1950, Pejabat Daerah Semporna berpindah dari rumah Panjang ke Pejabat baru yang dikenali pada masa sekarang sebagai Pejabat RELA (sekarang dalam pengubahsuaian untuk dijadikan muzium) dan Ketua Pentadbiranya ialah Encik Albert Watson, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan dan dibantu seorang Ketua Daerah Semporna iaitu Encik Sakaran Dandai (Y.A.Bhg. Tun Haji Sakaran Dandai). Ketua Kerani, Penghantar Surat dan seorang Boatman. Selepas itu Pejabat Daerah Semporna berpindah lagi ke Bangunan kedua (sekarang Jabatan Tanah dan Ukur Semporna) dan yang terkini di Bangunan Urusetia Daerah Semporna sehingga ke hari ini.

INTRODUCTION
Mengenai Semporna
Pejabat Daerah
Fakta Menarik
PROFILE
Latarbelakang
Politik
Statistik Penduduk
Zon/ Kampung
Maklumat Am
Kemudahan
Keselamatan
Info Perhubungan
Sejarah
Pelancongan
Produk
Galeri
Pindah-Turun
Hubungi Kami
 
   

| Muka Depan | Pengumuman | Pengenalan | Profail | Sejarah |
| Kebudayaan | Pelancongan | Produk | Galeri | Download | Hubungi Kami |

     
   

Terakhir Dikemaskini: 13 Januari 2012

     
   

© 2008 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Daerah Semporna, Sabah.
Pejabat Daerah Semporna, Bangunan Urusetia Daerah
Peti Surat 1, 91307 Semporna, Sabah, MALAYSIA
Tel: 089-781518 / 089-781663 Fax: 089-781472 :: Email: pd.semporna@gmail.com