Bulatan kuning dibelakang logo ini
melambangkan Sabah merupakan negeri pertama menerima pancaran
matahari, ia juga simbol kedaulatan bangsa di Semporna. Sambulayang yang berwarna merah melambangkan keberanian
bangsa yang sanggup mengharungi lautan kehidupan. Lepa pula
sebagai simbol kenderaan yang digunakan turun-temurun dan kekal
hingga sekarang - ia merupakan satu warisan yang sangat berharga.
Kocakan air laut melambangkan kepayahan perjuangan sebuah bangsa
untuk memartabatkan nama di persada kehidupan dan juga merupakan
sumber kehidupan masyarakat di Semporna. Semibulatan berwarna kelabu menzahirkan maksud
'global' - walaupun dunia bergerak semakin pantas, namun budaya
masyarakat masih kukuh dan dipusakai hingga kini. Biru melambangkan perpaduan bangsa di Semporna yang hidup
harmoni dan aman sehingga mereka dapat bersepakat dan bersatu dalam
menangani segala pancaroba.
Kepada kaum Bajau
Semporna, 'Lepa' (sejenis bot) banyak kegunaannya dalam
kehidupan harian. Bot ini digunakan untuk menangkap ikan dan
kenderaan harian. Ia juga digunakan sewaktu upacara perkahwinan dan
persembahan kebudayaan. Kehidupan unik berteraskan lepa ini
dipusakai turun-temurun hingga kini.
Daerah Semporna, Sabah menyambut Perayaan Regatta Lepa setiap
tahun pada bulan April. Lepa merupakan suatu perkara yang
penting dalam kehidupan kaum Bajau sejak zaman dahulu. Perayaan
Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosi
seni, budaya dan adat kaum Bajau yang berwarna-warni. Setiap tahun
pengunjung akan berpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot
Lepa yang cantik disulami dengan tarian dan muzik yang dimainkan di
atas bot lepa.
Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat,
pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. Melalui
perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di
pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. Pertandingan
utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.
Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi
pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam
renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi,
persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa
ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang
disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan
memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa
dan tarian yang dipersembahkan.
Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama
iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan
pameran di Padang Pekan Semporna. Pada sebelah malamnya
pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan
tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis tempatan dan
nasional. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada
malam tersebut.
LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau
Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari
kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu
ketika dahulu.
Regatta Lepa: Merupakan perayaan
tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula
diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan
kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada
tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar
'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu
acara tahunan Malaysia.
Daerah sunyi Semporna akan bergemerlapan dan berpesta apabila
menyambut Regatta Lepa. Di sepanjang jalan 'Sambulayang' akan
menghiasi pandangan disamping pemidang dan iklan yang berwarna-warni.
Bot-bot Lepa akan berlabuh disepanjang pantai Semporna dan
menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarian, nyanyian dan muzik.
Setiap bot lepa akan dihiasi dengan 'sambulayang'. 'panji-panji',
tipas-tipas' dan renda. Perayaan ini mengundang ribuan pengunjung
dari dalam dan luar negeri saban tahun.
Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara 'lumba
kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik. Pada
sebelah malamnya pula, pertunjukan 'pentas budaya' akan diadakan di
Padang Pekan Semporna. Datanglah dan saksikan sendiri perayaan hebat
ini!
For the Bajau people, Lepa Boats are multi
utility. The boat serves as a fishing vessel and as a means of
transportation. It is also utilized for wedding venues and cultural
performances. The unique lifestyle and festival is a cultural legacy
inherited by many generations.
Semporna celebrates the annual Water Festival of Regatta Lepa in
April. LEPA boat has been a significant part of the Sabah Bajau
fishermen since immemorial time. The Regatta Lepa is an occasion to
show-off all the beautifully built Lepas. The annual event's
highlight is a competition to choose the most dazzling lepa.
Colorful adorned lepas grace the waterfront, decked with the smiling
faces of dancers and musicians.
Regatta Lepa is an annual gathering of the most skillful fishing
boat builders in Sabah. The Bajau in Semporna have their yearly
festival for remembering their old heritage. In this festival the
Bajaus from different village and different island will meet. And
during the festive meeting they select the best lepa boat of the
year.
During the 2 to 3 days. the Bajau's show their lepa's with the
different style's and color. In each lepa is a group of musicians
and a couple dancer. The flotilla of colorful banners ridden lepas
will make a round in front of the VIP's and the judge's stage. The
judges will give a point for their performance related to beautiful
lepa's and the best dancer's.
The activities of Regatta Lepa-lepa celebration were in two areas;
the traditional event showcasing the beautiful lepa-lepa boats
around the water front and exhibitions events at the town padang,
where mini-village comprising of traditional huts were on display.
At night, visitors will be entertained by both local and national
singers, dancers and musicians.
LEPA : In Sabah East Coast Bajau community dialect, lepa
means "boat". The lepa boat is a cultural legacy inherited by Bajau
people from many generations ago. The existence of lepa is believed
to originate from the fishing community who live in Bum Bum Island
and used by the native people along the coast of Semporna.
Regatta Lepa : The Regatta Lepa has been celebrated every
year since 1994 to commemorate the Bajau tradition of building these
splendid boats.
The lepa regatta was first held in 1994 as a
district-level event before being upgraded into a state festival.
Since 2003, Regatta LEPA became a national event in the Malaysia
water festival.
This sleepy town comes to life as the colorful sails take to the sea
to compete for the prize of the most beautiful lepa. This is judged
based on its decoration, local ethnic music and dances performed on
board, sambulayang (sails) and tipas-tipas (small flags).
The Bajau seafarers' proud maritime heritage came alive recently in
this annual festival of Regatta LEPA, featuring their boats, the
LEPA with participants dancing at the helm of their boats, decorated
in full color. The event attracted thousands each year.
Highlight of LEPA : The highlight of LEPA event is to choose
the most dazzling Lepa from the beautifully, colorfully adorned
boats which are lined up at the waterfront. On the decks are smiling
dancers and musicians dressed in equally colorful traditional
attires.
Other attractions in Regatta LEPA : include sea sports such
as rowboat, sailing and kelleh-kelleh (small dugout boat)
competitions, lepa tug of war, and duck catching competition.
Colorful cultural night performance.
1.
Penerbangan Harian / Daily Flights MAS/ AIRASIA - from Kota
Kinabalu to Tawau
Fares: *check with the nearest travel agents
Duration: 45 mins AIRASIA - from Kuala
Lumpur to Tawau
Fares: *check with airasia (www.airasia.com)
Duration: 2 Hours and 45 mins
2 Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours
3. Teksi / Taxi
From Tawau to Semporna
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins
4. Bas Mini / Mini Bus
From Tawau to Semporna
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins
Nota: Fail SWF ini
adalah sebesar 1.2mb. Ia mengambil masa kira-kira 2 minit untuk
dipaparkan (pada kelajuan broadband 384kbps)