Daerah Semporna
berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai
laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan
Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat
pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan
pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Secara semulajadi,
ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak
pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air
laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka
tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut
terbesar di Malaysia.
Penanaman rumpai laut
di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah
diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut
merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai
nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini
terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna.
Rumpai laut yang
diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia
memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak
berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah
mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi'
dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Jesteru Daerah Semporna
dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut pada
tahun 2010.
Rumpai laut merupakan
bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan
dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan
asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari
rumpai laut adalah 'carrageenan'. Inilah bahan yang
menjadi penstabil makanan dan kosmetik. Snek rumpai-laut merupakan
makanan yang lazat, berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin,
fosforus, kalsium, zat besi dan vitamin. Selain itu terdapat juga
makanan tempatan yang berasaskan rumpai laut seperti 'acar rumpai
laut' dan ' isi udang rumpai laut' yang mudah dinikmati
di restoran-restoran tempatan.
Anda boleh melihat
sendiri kawasan penanaman rumpai laut di perairan Semporna.
Kebanyakkan pengendali pelancongan ada menyediakan pakej lawatan di
ladang-ladang ini. Sebagai alternatif, jika anda berjalan melawat
sekitar pasar ikan Semporna, anda mungkin terjumpa rumpai laut yang
dijual oleh orang-orang tempatan.
Projek penanaman
rumpai laut merupakan usaha yang berimpak tinggi, lumayan dan
meningkatkan ekonomi penduduk Semporna. Banyak pihak dari dalam
dan luar negeri melabur dalam industri ini. Apa yang kurang
hanyalah kilang memproses rumpai laut yang setakat ini hanya ada 2
buah sahaja di Semporna. Kedua-dua kilang ini hanya memproses secara
asas terhadap bahan mentah tadi. Tiada satupun kilang yang
benar-benar wujud untuk memproses rumpai laut menjadi produk akhir,
produk katalis atau produk makanan komersil di Semporna.
Memandangkan potensi dan permintaan tinggi dari negara Jepun, Korea,
Amerika Syarikat dan China, maka pihak berkuasa tempatan Semporna
sangat mengalu-alukan bakal pelabur untuk menjayakan industri ini
supaya target pengeluaran yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia
pada tahun 2010 berjaya.
___________________________________________________________________________________________
Seaweed
Plantation In Semporna
Semporna is located near the world’s largest seaweed producing
areas, a vast ocean area include that of Southern Philippines and
Northern Sulawesi of Indonesia. The ocean provides eatable seaweed,
abundant fish for us to eat. High quality cultivated seaweeds are
grown in clear blue sea at Sipadan island off Semporna Town. Seaweed
culture in Semporna started in the late 1970s. A priority of the
Department of Fisheries Sabah as a supplementary income-generating
activity among the fishing communities in Semporna.
A demonstration farm was set up on Sebangkat reef top in 1980. Today
many fishermen have involved in seaweed farming of Euchema cottonii
because it provides a higher income compared to fishing. Culture
plots are found mostly on the extensive ‘reef top platform’ to the
north of Sebangkat and Selakan.
Seaweed Farming is an alternative livelihood for the fisherman in
Semporna. Fishing communities now can earn extra income by growing
seaweed for sale to processing plants in Sabah. In the wet markets
of Semporna one can find two slimy type of seaweeds on sale, one
type is yellowish, the other is dark green seaweed on stalks with
round buds. Both are called rumpai laut by the local.
Carrageenan extracted from the seaweed is used as a stabilizer in
food and cosmetics. Natural seaweed are processed into snacks such
as seaweed crackers. Among all natural health foods, seaweed
contains the highest amount of protein without any cholesterol. It
is suitable for all ages. High protein vegetable seaweed are called
"vegetable for longevity" which contains high contents of protein,
iodine, phosphorus, calcium, iron and vitamins. Seaweeds are
delicious, high in iron, calcium and vitamin A. Seaweed Prawn
Dumpling is now a new favorite among the West Malaysian visitors.
You can find this special menu in Semporna.
Department of Fisheries provided manual on seaweed farming. This
manual, in Bahasa Malaysia and Bajau, made easy the farming method
by illustration in cartoon drawings and step by step instructions.
Under the 9th Malaysia Plan (9MP), Sabah is to produce 250,000
metric tones of seaweed by the year 2010.
The seaweed culture project in Semporna has become an income
generator for the locals and is helping to enhance Semporna
district's economy as the leading seaweed producer in Sabah. In this
district the seaweed culture project has already been implemented in
Pulau Selakan, Kerindingan, Bum-Bum, Sebangkat, Sibuan, Pababag and
Omadal.
A trip to the nearby seaweed farms can be arranged by tour-operators
of Semporna.