Muka Depan
 

Pejabat Daerah Semporna selaku agensi peluasan kuasa pentadbiran Jabatan Ketua Menteri, Sabah mengetuai pentadbiran dan urusan orang-ramai di Daerah Semporna. Ia diketuai oleh Encik A.M Ibnu Hj A.K Baba (selaku Pegawai Daerah) dan 2 orang Penolong Pegawai Daerah iaitu Encik Murad Abd Rashid (Pembangunan) dan Encik Norsih Bin Nusuri (Pentadbiran).

Majlis Daerah Semporna pula bertindak selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan berada dibawah Pejabat Daerah Semporna. Ia diketuai oleh Pegawai Eksekutif iaitu Encik Mohd. Jaafar Bin Hj. Amat.

Parlimen Semporna (P189) diwaliki oleh Y.B Datuk Seri Hj. Mohd. Shafie Bin Hj. Apdal dan dibawahnya terdapat 3 kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N.52 Sulabayan, N.53 Senallang dan N.54 Bugaya. Y.B Datuk Hj Herman Bin Mohammad mewakili Sulabayan, Y.B Datuk Hj. Nasir Bin Tun Hj. Sakaran mewakili Senallang manakala Y.B Datuk Hj. Ramlee Bin Marahaban mewakili Bugaya.

Untuk melicinkan pentadbiran daerah, terdapat agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta di daerah ini. Berikut merupakan pecahannya:

  • 13 buah Jabatan Persekutuan
  • 15 buah Jabatan Negeri
  • 8 buah Badan Berkanun Negeri Dan Persekutuan
  • 1 buah Kuasa Tempatan
  • 3 buah Syarikat Swasta

Persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semporna, mengikut panduan SPR 2008

INTRODUCTION
Mengenai Semporna
Pejabat Daerah
Fakta Menarik
PROFILE
Latarbelakang
Politik
Statistik Penduduk
Zon/ Kampung
Maklumat Am
Kemudahan
Keselamatan
Info Perhubungan
Sejarah
 
Pelancongan
Produk
Galeri
Pindah-Turun
Hubungi Kami
 
   

| Muka Depan | Pengumuman | Pengenalan | Profail | Sejarah |
| Kebudayaan | Pelancongan | Produk | Galeri | Download | Hubungi Kami |

     
   

Terakhir Dikemaskini: 13 Januari 2012

     
   

© 2008 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Daerah Semporna, Sabah.
Pejabat Daerah Semporna, Bangunan Urusetia Daerah
Peti Surat 1, 91307 Semporna, Sabah, MALAYSIA
Tel: 089-781518 / 089-781663 Fax: 089-781472 :: Email: pd.semporna@gmail.com