Muka Depan
 

Pelancongan di Semporna.

Daerah Semporna merupakan daerah yang sibuk menerima kemasukan pelancong setiap hari. Sebab utama mereka ke mari adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Atas sebab ini, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan.

Terdapat lebih 20 operator pelancongan wujud di Semporna untuk menguruskan percutian anda. Operator ini menganjur dari hotel/resort, kursus menyelam (PADI Diving Courses) bertaraf dunia, khidmat penyewaan bot untuk tujuan 'island hopping' dan memancing hingga ke restoran-restoran yang menyediakan makanan laut yang lazat. Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam.

Untuk tujuan menyelam, 'snorkeling', berkelah, berbulan-madu, 'island-hopping' dan menginap di 'resort' rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini samada di Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan, dan di Taman Marin Tun Sakaran. Bagi yang gemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan 'sewa bot' ada disediakan di sepanjang kawasan pantai Pekan Semporna manakala peralatan memancing seperti joran, 'rapala', kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di kawasan pasar, supermarket Milimewa dan Bandar Baru Pekan Semporna (berhampiran dengan 'Resort floating Dragon-Inn'). Lain-lain keperluan penjagaan diri (seperti sunblock/sunscreen) boleh didapati di 'Guardian', Semporna.

Bagi yang suka mengkaji 'kehidupan lampau' anda boleh mencubanya di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di kawasan Tampi-tampi.

Selain dari 10 sebab yang tertera di atas, ada juga usahawan yang datang ke Semporna untuk tujuan pelaburan industri rumpai-laut (seaweed). Pengarah-pengarah filem terkenal juga mengeksploitasi Semporna untuk filem komersil dan dokumentari. Antara filem yang pernah di arahkan disini ialah 'Duyong' terbitan KRU Films. Filem ini di lakonkan oleh Saiful Apek, Yassin, Yasmin Hani dan Maya Karin. Kebanyakan aksi filem Duyong diarah dan dilakonkan  di kawasan Tampi-tampi, Semporna. Pihak National Geographic juga membuka pejabat kecilnya di sini.

Hotel dan resort yang beroperasi di Semporna menyediakan pakej-pakej percutian yang memenuhi bajet anda. Selain dari pakej berbulan madu, pakej perkahwinan dasar laut & ala Bajau tempatan juga semakin mendapat perhatian dari dalam dan luar negeri. Untuk 'pencinta-alam' dan 'rombongan', terdapat juga operator yang menyediakan 'bed and breakfast', 'homestay' dan dorm (dormitory-room) disini. Makanan dan minuman disini disediakan pelbagai jenis dari masakan melayu, cina, bajau tempatan hingga ke selera barat. Yang paling mendapat perhatian adalah makanan laut sehingga pihak 'Jalan-jalan Cari Makan - TV3' pun pernah memberi pengiktirafan kepada restoran-restoran di Semporna.

Jika anda sudah biasa dengan ikan, sotong, udang dan ketam, mungkin anda boleh mencuba makanan laut lain seperti kamun (udang-mantis), ikan 'bolong', ikan 'belawis', ikan buntal, sotong kurita, isi ketam, udang 'lobster', ikan tuna, kerapu, 'sunuk' dan ikan 'ogos' yang mudah didapati disini. Jangan terkejut jika saiz ikan disini besar-besar atau bersaiz 'XL' kerana sejak dari dahulu lagi makanan laut disini sememangnya 'sempurna'. Mungkin namanya agak ganjil bagi sesetengah kita, namun rasanya enak sekali. Jika makanan laut bukan pilihan anda, anda boleh mencuba 'nasi payau' (payau - rusa dalam bahasa tempatan), sup isi ketam atau 'kueh teow basah' yang menjadi 'trademark' daerah ini. Kepada anda yang suka mencuba 'hawker's food', 'sayap-ayam', gado-gado dan soto boleh dinikmati dengan harga yang sangat berpatutan.

The Natural Wonders.

The vast richness of the sea flaunts fishes of all kind, seaweed, sea cucumbers, shells and pearls. All these have attracted tourist, seafarers and fisher-folks alike to Semporna and its islands.

Mangroves to reef flats, sea grass beds to sandy coasts and underwater caves. Each is home to its individualized inhabitants, a true myriad of science discoveries. Time and time again, new discoveries are made. Scientists have since involved themselves in searching for novel chemicals in many of these creatures that can be used in medical or material science. Tunicates, a sea animal, was discovered to have the high possibility of containing anti-cancer compound.

The biggest shellfish in the world, the giant clam is found in the waters of Semporna. Splendid at sight, some are thought to be more than 50 years old and exceeding 100 kilograms in weight. A new species of the goby was discovered just off the house reef at Sipadan Water Village. The beautiful spiral shellfish, a cousin of the extinct Jurassic ammonites roam at night. Migratory whales, white sharks and manta rays swim by ever so often.

This isolated town off the coast of Sabah records as one of the sea richest in marine life in the world till today. Indicated by the corals that make up the living reef, an Australian marine biologist, Dr Veron depicted the Semporna waters as rich in aquatic assortment.

___________________________________________________________________________________________

Mercu-tanda Semporna - Taman Marin Tun Sakaran.

Kompleks pulau 'Taman Marin Tun Sakaran' merupakan 'mercu-tanda' daerah Semporna. Dari jauh, ia kelihatan seperti seorang manusia yang sedang tidur. Dengan sebab itu ia dikenali sebagai 'Sleeping-Budha' bagi sesetengah pelancong. Taman Marin Tun Sakaran merupakan tempat untuk ladang-ladang penanaman rumpai laut (seaweed) yang terbesar di Sabah. Ia juga menjadi tempat kajian biologi marin bagi kebanyakan penyelam, saintis dan sentiasa menjadi pilihan fakulti-fakulti sains marin universiti luar dan antarabangsa. Taman Marin Tun Sakaran ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Sabah Parks) yang mempunyai cawangannya di Semporna.

The Semporna Islands Darwin Project (SIDP) is an initiative involving local communities in coral reef conservation in the recently gazette Tun Sakaran Marine Park, Sabah, Malaysia.

The project is managed by the Marine Conservation Society in collaboration with Sabah Parks, and the aim is to protect the outstanding features and biodiversity of the site while promoting sustainable use of natural resources, economic development and traditional culture.

Click HERE to browse The Website of Darwin Initiative Project: Tun Sakaran Marine Park

___________________________________________________________________________________________

Hotel, Resort, Chalet dan Penginapan di Semporna.

Berikut merupakan senarai Hotel dan Resort yang beroperasi di Semporna.

 

Tanah Besar Semporna

   

Pulau-Pulau Semporna

1 Hotel Seafest, Jln Kastam, Semporna   1 Uncle Chang Homestay, Pulau Mabul
2 Dragon Inn (Floating Chalet), Jln Kastam   2 Sipadan Water Village - Mabul & Kappalai
3 Arung Hayat Resort, Jln Pinggir Bakau   3 Abdillah Sipadan Paradise - Mabul
4 Sipadan Inn, Bandar Baru Pekan Semporna   4 The Reef Dive Resort - Mataking
5 City Inn, Pekan Semporna   5 Borneo Divers - Mabul
6 Lee Resthouse, Pekan Semporna   6 Seaventures - Mabul
7 Scuba Junkie Backpackers, Bandar Baru   7 Explore Asia (SMART Divers) - Mabul
8 Rumah Rehat Kerajaan, Semporna   8 Pom-Pom Island Resort - Pom-Pom
9 Seafest Inn - Jalan Kastam   9 Sipadan Kapalai Dive Resort - Kapalai
      10 Singamata Adventure Water Chalet
         

MASA TERBAIK UNTUK MELANCONG / BEST TIME TO VISIT:
Pengunjung boleh melawat Semporna sepanjang tahun. Jika anda bercadang ke Pulau Sipadan untuk menyelam, masa terbaik untuk lawatan anda adalah sekitar April hingga Jun. Ini kerana pada bulan-bulan ini jarak penglihatan menyelam adalah sekitar 30m hingga 50m berbanding bulan-bulan lain hanya sekitar 20m sahaja. Dari bulan May hingga Ogos, anda mungkin bertuah untuk melihat sendiri penyu-penyu bertelor disepanjang pulau-pulau. Pada pertengahan April setiap tahun, daerah ini menyambut 'Perayaan Pesta Air' Regatta Lepa.
Diving is possible throughout the year with visibility at 20m and above most of the time. The best time is from April to June, with visibility above 30m and up to 50m around Sipadan. From May to August, you may also be lucky enough to spot turtles laying their eggs on the beaches of Sipadan. In Mid April the district of Semporna will celebrate its 'Annual Water Festival' called The 'Regatta Lepa'.

BAHASA & AGAMA / LANGUAGE:
Bahasa Melayu Malaysia ditutur oleh penduduk tempatan dalam dialek 'baku-sabah'. Selain itu terdapat juga Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk turut dipertuturkan oleh suku-suku kaum disini. Bahasa Inggeris selaku bahasa kedua Malaysia boleh digunapakai di Semporna dan difahami dengan meluas. Lebih 95% penduduk tempatan Semporna beragama Islam.
Bahasa Malaysia (Malay) is the official language but English is widely spoken and understood. Over 95% of the population are muslim (Sunni).

CUACA / CLIMATE:
Panas & lembab khatulistiwa sepanjang tahun antara 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kelembapan adalah tinggi (85-95%). Musim tengkujuh bermula dari November hingga Februari. Disebabkan oleh cuacanya yang panas anda dinasihatkan mengunakan 'sunblock' sewaktu berada di laut atau pulau-pulau.
Equatorial with fairly uniform temperatures year-round, ranging from 21ºC (70ºF) to 32ºC (90ºF). Humidity is high (85-95%). Annual rainfall varies from 2,000mm to 2,500mm and most rain can be expected between November and February.

PAKAIAN / CLOTHING:
Pakaian kasual. Tiada masalah jika anda menggunakan seluar pendek dan tshirt. Sebaiknya anda menggunakan pakaian berasaskan kain kapas atau yang mudah menyerap peluh. Gunakan pakaian yang sesuai untuk berenang, snorking dan menyelam.
Very casual. There are no dress restrictions on the islands and light cotton clothing, t-shirts and shorts would be suitable.

NILAI WANG DAN KAD KREDIT / CURRENCY CREDIT CARDS:
Semua transaksi menggunakan 'RM' (Ringgit Malaysia). RM 1.00 bersamaan 100 sen. Nilai pertukaran semasa Ringgit ke US Dollar adalah dalam anggaran USD1=RM3.20. Pertukaran wang asing boleh dibuat di lapangan terbang Tawau atau di bank-bank komersil di Semporna. Ada 2 bank di Semporna iaitu Bank Simpanan Nasional dan Maybank. Kedua-duanya dilengkapi dengan kemudahan ATM. Mesin CDM (Cash Deposit Machine) hanya terdapat di Maybank. Tiada bank atau mesin ATM di pulau-pulau. Visa dan Mastercard boleh digunapakai di Semporna.

The Malaysian currency unit is Ringgit (RM) and sen, where 100 sen equals one Ringgit. US$ 1 is roughly RM 3.20. Foreign currency can be converted at banks and money changers at the airport and in Semporna. Visitors are not permitted to take more than RM 1000 in Malaysian currency out of the country and no more in foreign currency than was brought in. There are no banks or ATMs on the islands. VISA and Mastercard are accepted at all resorts.

TELEFON DAN INTERNET / TELEPHONE AND INTERNET:
Kesemua hotel/resort mempunyai kemudahan telefon dan faks (termasuk kemudahan IDD (International Direct Dial). Kod Akses untuk membuat panggilan antarabangsa dari Malaysia ialah 00. Untuk maklumat tambahan, sila dail 103. Operator Telekomunikasi Selular (TELCO) seperti talian Digi, Maxis dan Celcom menyediakan akses yang baik dengan kemudahan 3G dan 'Mobile Broadband'. Kebanyakkan hotel/resort mempunyai akses internetnya tersendiri. Kemudahan WiFi dan CyberCafe boleh didapati dengan mudah. Kelajuan internet mencapai 'broadband' dengan minimum 384kbps.
All resorts have telephone facilities, including facilities for international phone calls. The access code for making international calls from Malaysia is 00. For more information, dial 103.  Most resorts have a fairly stable Internet connection available for guests. WiFi points are available throughout the town. Internet speed are good at the minimum of 384kbps.

CENDERAMATA / SHOPPING & SOUVENIRS:
Perhiasan peribadi berasaskan mutiara dan kristal amat popular sekali dikalangan pelancong. Item seperti butang baju melayu, keronsang, cincin, gelang dan rantai mutiara mudah didapati di kedai-kedai di kawasan pekan, restoran dan hotel. Selain itu baju 'T', rantai kunci, poskad dan cenderamata lain berasaskan 'Sipadan' dan 'Semporna' juga ada di jual. Cenderamata 'khas' Semporna adalah replika bot 'Lepa' yang diperbuat daripada kayu, 'barung', parang dan 'pedang samurai' hasil pertukangan penduduk tempatan. Namun jika anda berhajat untuk mendapatkan barangan 'senjata' ini, anda perlu berhati-hati untuk membawanya ke dalam pesawat. Pelancong dinasihatkan agar berwaspada dengan penjualan cenderamata 'jalanan' dan gunakan kebijaksanaan anda untuk proses tawar-menawar.
Pearl products are available throughout the town, restaurant and resort. There are many to choose from buttons, pendant, bracelet and necklace. 'Sipadan-theme' t-shirts, keychain, postcards and other souvenirs are also on sale. The 'Semporna Exclusive Souvenir' are the 'Lepa-Boat Replica' crafted to perfection via locals made from solid wood, others maybe consider metal replicas of 'samurai-sword', 'barung' and 'parang' as gifts. But if you purchase these 'weapon' items, please make sure that they are 'safe-enough' for airport clearance - carry them with your own responsibility. All resorts have a small boutique offering t-shirts, sunscreen and postcards, batteries and some other essential items.

______________________________________________________________________________________________________

Extra Information.

ELECTRICITY & WATER:
Available 24 hours a day. 220V, 50 cycles using a plug with three rectangular prongs similar to UK plugs. Adaptors for other plugs can be purchased at airports and some stores elsewhere. Tap water is safe for drinking in Malaysia, provided that it is boiled first. Hotels usually provide bottled water for guests in their rooms. Enough fresh water is available on the islands with no restrictions for use and freshwater bins are provided for rinsing cameras and dive gear.

HEALTH AND MEDICAL SERVICES:
While still listed as a malaria-infected country, most literature states that malaria has been widely eradicated from most parts of Malaysia. Discuss your needs with an experienced travel doctor. Warning: divers should never take Lariam because of common side-effects including nausea and vertigo. Discuss alternatives with your doctor. The only vaccination requirements are yellow fever for those from infected areas. Resorts have basic first-aid services while the closest hospitals and clinics are in Semporna and Tawau on Malaysian Borneo.

UNDERWATER PHOTOGRAPHY:
Photo processing and video editing facilities are available at most of the resorts. A professional videographer is also on hand to make diving videos for guests and the DVDs can be purchased.

TIME:
Malaysia is eight hours ahead of GMT (GMT +8.00) and 16 hours ahead of U.S. Pacific Standard Time.

DRIVING, POLICE AND THE LAW :
Visitors will need an international driving licence. Driving is on the left-hand side of the road and it is advisable to observe the speed limits, which are generally 50km/h in the city or residential areas and 80km/h or 110km/h on the highway and expressway. There are police and/or army bases on all the islands.

ANTI-DRUG LAW:
Visitors to Malaysia are advised that the trafficking of drugs in the country is an offence punishable by the death penalty.

IMMIGRATION:
Citizens from the following countries are required to have a visa to visit Malaysia : North Korea, Cuba, Vietnam and the People's Republic of China. Nationals other than those stated will receive a visa upon arrival or are allowed to enter Malaysia without a visa for a visit not exceeding one month. However, it is recommended that visa enquiries are made at the Malaysian embassy or Malaysian consulate closest to you, as regulations are subject to change. Also check
http://www.imi.gov.my/ for updated information.

TOURIST INFORMATION CENTERS
Please contact the Malaysian Tourism Promotion Board for tourist information. (http://tourism.gov.my)

1. Penerbangan Harian / Daily Flights
MAS/ AIRASIA - from Kota Kinabalu to Tawau
          Fares: *check with the nearest travel agents
          Duration: 45 mins
AIRASIA - from Kuala Lumpur to Tawau
          Fares: *check with airasia (www.airasia.com)
          Duration: 2 Hours and 45 mins

2 Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours

3. Teksi / Taxi
From Tawau to Semporna
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins

4. Bas Mini / Mini Bus
From Tawau to Semporna
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins

Peta Pekan Semporna / Semporna Town Map

Pautan / Links: | Tourism Malaysia | Sabah Tourism Board | Semporna Tourism Comittee

INTRODUCTION
Mengenai Semporna
Pejabat Daerah
Fakta Menarik
PROFILE
Latarbelakang
Politik
Statistik Penduduk
Zon/ Kampung
Maklumat Am
Kemudahan
Keselamatan
Info Perhubungan
Sejarah
Kebudayaan
Pelancongan
Produk
Galeri
Pindah-Turun
Hubungi Kami
   

| Muka Depan | Pengumuman | Pengenalan | Profail | Sejarah | Kebudayaan | Pelancongan | Produk | Galeri | Download | Hubungi Kami |

 

Terakhir Dikemaskini: 18 Januari 2012

© 2008 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Daerah Semporna, Sabah.
Pejabat Daerah Semporna, Bangunan Urusetia Daerah, Peti Surat 1, 91307 Semporna, Sabah, MALAYSIA
Tel: 089-781518 / 089-781663 Fax: 089-781472 :: Email: pd.semporna@gmail.com

-