Daerah Semporna,
Sabah dikenali dengan air laut jernih, cahaya matahari yang muncul
disebalik horizon dan keputihan pepasir yang mengelilingi
pulau-pulaunya. Terumbu karang, paya bakau dan lambaian pepohon
kelapa menyerikan lagi panorama ini. Ia masih tidak terganggu, tidak
terusik dan asli, bagaikan masa tidak pernah berdetik walau sesaat
tatkala kebanyakkan tempat sudahpun membangun pesat.
Selamat Datang ke
Semporna. Setanding maksudnya dalam bahasa Melayu dan Bajau, ianya 'sungguh
sempurna' sekali. Daerah Semporna berada pada kedudukan pantai timur
Sabah, lebihkurang 1 jam perjalanan udara daripada Bandaraya Kota
Kinabalu dan anda akan sampai ke Lapangan Terbang Tawau. Dari situ,
anda cuma perlukan 1 jam lagi untuk sampai ke daerah cantik ini.
Daerah Semporna
mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar (282,880
ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna
dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan
pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan
perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia.
Anda mungkin
bertanyakan apa istimewanya Semporna? Dan pertanyaan ini bagaikan
terjawab sebaik sahaja anda menjejak kaki ke sini. Dari jauh
kelihatan pulau-pulau peranginan yang berbalam seolah-olah terapung
dipermukaan laut. Terdapat 49 pulau keseluruhannya yang menjadi
tapak kepada 119 kampung orang-orang tempatan. Apabila anda
mengalihkan pandangan ke arah samudera, ia bagaikan lukisan,
kelihatan air laut sejernih kristal yang bertukar dari hijau zamrud
ke hijau tua, dari biru muda ke biru tua. Dasar lautnya jelas
kelihatan dengan terumbu karang, ikan-ikan berwarna-warni dan pasir
halus memutih bagai melambai-lambai perasaan anda untuk sama-sama
terjun menikmati keindahan alam semulajadinya.
Di sini terdapat
sebuah pekan yang juga dikenali dengan Semporna. Pekan Semporna
menyediakan segala kemudahan dari jabatan kerajaan ke syarikat
swasta, dari kedai kecil ke gedung perniagaan besar. Bayu laut yang
meniup lembut ke muka anda tatkala anda mundar-mandir di sini
melengkapkan lagi suasana lawatan anda. Di pekan Semporna, anda akan
melihat percampuran pelbagai budaya, bahasa dan bangsa - Bajau,
Suluk, Melayu, Cina, Kadazan dan 'Palauh' hidup harmoni sejak dahulu
lagi. Deretan bot-bot penambang, kapal-kapal besar dan perahu-perahu
layar tradisional memenuhi ruang gigi airnya.
Daerah Semporna
menempatkan Pulau Sipadan yang terkenal kepada penyelam dalam
dan luar negeri. Ramai ahli samudera dan penyelam professional
datang saban tahun untuk meneroka keindahan lantai lautnya.
Kehidupan marin di sini adalah pelbagai, dari hidupan mikro ke
kerang gergasi, dari ikan buran ke jerung harimau dan dari udang
geragau ke 'lobster' menjadi sebab mengapa penyelam ini datang ke
mari. Tarikan lain seperti dinding dan gua melengkapkan lagi
penerokaan bawah laut anda. Pulau peranginan lain yang terkenal
ialah Pulau Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan.
Semporna delineates sun, sea and sand, the unambiguous combination
that never ceases to summon one's vision of a tropical paradise.
Coral reef, mangrove forest and tranquil coconut trees tassel the
islands. Still undiscovered and undisturbed, this sublime beauty is
a rare find in the restructured clutter of the present.
Semporna is a district lying on the east coast of Sabah. An hour's
flight from Kota Kinabalu will land you in this heaven on earth,
stretched just above the equator. Semporna is the literal
translation of the Bajau and Malay word 'perfect'. Fulfilling its
epithet, the panoramic view it offers united with the emotion that
consumed you when you land on this paradise is nothing short of
perfection. Captivating the sights from the skies, your eyes will
not fail to catch the sylvan fishing villages, coral cays, tranquil
seas with sea life in abundance. As the cool fresh air cares your
face, gazed wandering further, you will be awestruck by the hues of
the water that roll from sapphire blue to a baby hue, from grass
green paling into the faintest pink altering yet again when caught
by the rays of the sun.
At
the heart of Semporna is the small main town, of the same name.
Known to some as the town with its feet on the sea, small islands
and coral reefs make its surrounding. The air is cool and breezy
with a certain tinge of the salty sea. As you take in this
unforgettable aroma of the islands, the villages of the sea
gypsies, moored a little further out on the reefs, will catch your
breath.
Semporna is home to the diving paradise of Sipadan known to many who
come far and wide. A cluster of about 49 islands holding 119
villages in total, complete Semporna's string of precious pearls.
This potent combination of unscathed isles make it a heaven for
marine habitat. Some of these islands are uninhibited and are only
occasionally visited by the distant boats of fishermen or determined
nesting turtles. Enchanting blue and green coral keys and shallow
reefs still subsist here.
What
is most striking about this place is that it is has not been
influenced by the worldly modernizations. The sailboats still sit
out at sea. The waters are still as blue and calm as ever. Locals
still live on the gifts of mother sea.