Daerah Semporna
mempunyai pusat pentadbiran yang ditempatkan di Bangunan Urusetia
Daerah Semporna dan diketuai oleh Pegawai Daerah Encik A.M.
Ibnu Hj. A.K. Baba yang merupakan Pegawai Daerah yang Ke-38
di samping ketua-ketua jabatan lain seperti Kuasa-Kuasa Tempatan,
Jabatan Negeri/Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Negeri dan
Persekutuan.
Pejabat Daerah Semporna berperanan sebagai peluasan (extension)
kuasa pentadbiran Jabatan Ketua Menteri, Sabah.
Sejak ditubuhkan Pejabat Daerah Semporna sebagaimana daerah lain
adalah tempat tumpuan orang ramai yang memerlukan pelbagai
perkhidmatan. Selain itu, bangunan ini juga menempatkan agensi lain
Kerajaan Sabah seperti Pejabat Bendahari Negeri Sabah, Mahkamah Anak
Negeri, Jawatankuasa Pengurusan PUSPANITA Daerah, Jawatankuasa
Pengurusan PEMADAM Daerah, Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Sulabayan
dan Senalang, Unit Penempatan JKM dan Jabatan Kebajikan Am.
Lokasi
bangunan ini terletak di kawasan Pekan Semporna, pada Jalan Utama
Semporna-Tawau. Ia bertentang dengan Bangunan Dewan Perniagaan Cina
Semporna dan bersebelahan Perpustakaan Semporna.
Di bangunan ini terdapat seramai 37 orang kakitangan Pejabat Daerah Semporna yang bekerja di dalam 4
unit utama iaitu Unit Pembangunan, Unit Pentadbiran, Unit Hasil dan
Unit Akaun.
Bangunan ini merupakan bangunan pentadbiran yang ke-tiga (sejak
Oktober 1997 - sekarang) untuk Pejabat Daerah Semporna. Sebelum
ini Pejabat Daerah beroperasi di bangunan pertama (sekarang ini
sedang dipertingkatkan menjadi Muzium Daerah) dan bangunan kedua
(sekarang
merupakan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna).