Selamat Datang Ke Laman web Rasmi Pejabat Daerah Semporna: WWW.sabah.gov.my/pd.sprn
 
Muka Depan
   
Perutusan

Daerah Semporna mempunyai pusat pentadbiran yang ditempatkan di Bangunan Urusetia Daerah Semporna dan diketuai oleh Pegawai Daerah Encik A.M. Ibnu Hj. A.K. Baba yang merupakan Pegawai Daerah yang Ke-38 di samping ketua-ketua jabatan lain seperti Kuasa-Kuasa Tempatan, Jabatan Negeri/Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan.

Pejabat Daerah Semporna berperanan sebagai peluasan (extension) kuasa pentadbiran Jabatan Ketua Menteri, Sabah. Sejak ditubuhkan Pejabat Daerah Semporna sebagaimana daerah lain adalah tempat tumpuan orang ramai yang memerlukan pelbagai perkhidmatan. Selain itu, bangunan ini juga menempatkan agensi lain Kerajaan Sabah seperti Pejabat Bendahari Negeri Sabah, Mahkamah Anak Negeri, Jawatankuasa Pengurusan PUSPANITA Daerah, Jawatankuasa Pengurusan PEMADAM Daerah, Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Sulabayan dan Senalang, Unit Penempatan JKM dan Jabatan Kebajikan Am.

Lokasi bangunan ini terletak di kawasan Pekan Semporna, pada Jalan Utama Semporna-Tawau. Ia bertentang dengan Bangunan Dewan Perniagaan Cina Semporna dan bersebelahan Perpustakaan Semporna.

Di bangunan ini terdapat seramai 37 orang kakitangan Pejabat Daerah Semporna yang bekerja di dalam 4 unit utama iaitu Unit Pembangunan, Unit Pentadbiran, Unit Hasil dan Unit Akaun.

Bangunan ini merupakan bangunan pentadbiran yang ke-tiga (sejak Oktober 1997 - sekarang) untuk Pejabat Daerah Semporna. Sebelum ini Pejabat Daerah beroperasi di bangunan pertama (sekarang ini sedang dipertingkatkan menjadi Muzium Daerah) dan bangunan kedua (sekarang merupakan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna).

Lokasi kedudukan Pejabat Daerah Semporna

Pentadbiran Daerah
Sejarah Pentadbiran
Peranan Pej. Daerah
Piagam Pelanggan
Misi/Visi/Objektif
INTRODUCTION
Mengenai Semporna
Pejabat Daerah
Fakta Menarik
Maklumat Staff
 
PROFILE
Latarbelakang
Politik
Statistik Penduduk
Zon/ Kampung
Maklumat Am
Kemudahan
Keselamatan
Info Perhubungan
Aplikasi Kerajaan

Negeri Sabah
E-Leave / E-Cuti
E-Exam / E-Peperiksaan
E-Kursus
E-Prestasi
E-Circular / Pekeliling
SM2
Webmail
Sejarah
Pelancongan
Produk
E-Kerajaan Sabah
Sabah Tourism
Galeri
Sabah.NET
INSAN
Pindah-Turun
INTAN Sabah
Maybank2U.com
Hubungi Kami
Semporna Tourism
Airasia.com
 
   

| Muka Depan | Pengumuman | Pengenalan | Profail | Sejarah |
| Kebudayaan | Pelancongan | Produk | Galeri | Download | Hubungi Kami |

     
   

Terakhir Dikemaskini: 17 Februari 2012

     
   

© 2008 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Daerah Semporna, Sabah.
Pejabat Daerah Semporna, Bangunan Urusetia Daerah
Peti Surat 1, 91307 Semporna, Sabah, MALAYSIA
Tel: 089-781518 / 089-781663 Fax: 089-781472 Email: pd.semporna@gmail.com