 |
Gunung
Kinabalu |
|
|
|
Gunung
Kinabalu dianggap gunung keramat yang didiami oleh
roh-roh nenek moyang kaum KadazanDusun yang tinggal
di sini. Melihat dan merasai sendiri pengalaman mendaki
gunung kinabalau ini adalah satu pengalaman yang
mungkin tidak akan dilupakan. Ianya juga merupakan
gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu
setinggi 4095 meter. |
|
----------------------------------------------------------------------------------------------------- |
 |
Kolam Air
Panas Poring |
|
|
|
Mata Air
Panas Poring yang terkenal terletak 43 km dari Taman
Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia terletak di
tanah rendah dan para pelawat boleh memilih untuk
berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau
tertutup. Air panas yang mengandungi sulfur ini
dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu
menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh. |
|
----------------------------------------------------------------------------------------------------- |
 |
Lagenda Nunuk Ragang |
|
|
|
Nunuk
Ragang merupakan satu mitos yang berkait rapat
dengan masyarakat KadazanDusun. Melalui beberapa
kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya,
mereka telah berjaya membongkar asal usul masyarakat
KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun mempercayai
bahawa nenek moyang mereka berasal dari satu tempat
yang bernama Nunuk Ragang yang bermakna “Pohon Ara
berwarna merah”. Tempat tersebut terletak di satu
kawasan hulu Labuk yang pada masa sekarang terletak
di Daerah Ranau. |
|
----------------------------------------------------------------------------------------------------- |
|
 |
Ladang Tea Sabah |
|
|
|
Dengan ladang yang terbentang
luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan
udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah
menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang
jauh daripada hiruk-pikuk kota. Pemanduan selama 2
jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari
kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan
keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu. |
|
----------------------------------------------------------------------------------------------------- |
|
 |
Kundasang War Memorial |
|
|
|
Kundasang
War Memorial yang terletak di bahagian belakang
deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu
peringatan sempena memperingati
askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh
tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah
ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan
yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu. |
|
----------------------------------------------------------------------------------------------------- |
|
 |
Taman Negara Kinabalu |
|
Taman
Kinabalu yang dibuka pada tahun 1964 merupakan yang
tertua dan paling popular di rantau ini. Pada tahun
2000, ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Ini merupakan pengesahan masyarakat antarabangsa
terhadap kekayaan khazanah hutan yang terdapat di
Taman Kinabalu. |
|
----------------------------------------------------------------------------------------------------- |
 |
Tagal,
Sungai Moroli, Kg. Luanti |
|
Bayangkan
jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang
ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni
anda. Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia
boleh mengelus-elus badan anda. Kalau tak percaya,
datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 10 km
dari Pekan Ranau. |
|
----------------------------------------------------------------------------------------------------- |