
|
|
Ekonomi Daerah Papar
PERTANIAN PERIKANAN Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang penting di daerah ini. Pada tahun 2001 hasil tangkapan laut yang didaratkan adalah sebanyak 1,332.68 tan matrik dan tahun 2002 sebanyak 1,3725.57 tan matrik. Sebanyak 360 orang nelayan sepenuh masa didaftarkan di daerah ini manakala jumlah perahu/bot yang didaftarkan ialah sebanyak 943 buah. PENTERNAKAN Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sektor Penternakan menjadi semakin penting di daerah ini. Namun usaha ini dimonopoli oleh beberapa syarikat swasta besar. Kebanyakan penternak swasta melabur dalam ternakan ayam daging, dan ayam telur. Sebagai pengetahuan daerah Papar mengeluarkan 35% daripada jumlah keperluan ayam di negeri Sabah. Terdapat juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam penternakan daging khinzir untuk pasaran tempatan dan negeri. PERHUTANANAN/INDUSTRI KILANG PAPAN MAKANAN Daerah Papar mempunyai kawasan perhutanan seluas 124,320 hektar. Daripada ini, hutan kekal meliputi 1,672 hektar (1.34%), Taman Negara meliputi 27,000 hektar (21.72%) manakala selebihnya adalah kawasan hutan (tanah Kerajaan). Aktiviti perhutanan agak aktif pada tahun 70an dan 80an, tetapi pada hari ini, aktiviti ini tidak lagi aktif. Terdapat 20 buah kilang papan yang masih berdaftar dengan Jabatan Hutan, Kota Kinabalu. Kebanyakan kilang-kilang ini terletak dalam kawasan Kompleks Pemprosesan Kayu-Kayan Bersepadu Kimanis (Intergrated Timber Complex). Kilang utama adalah seperti moulding dan kilang papan. PERINDUSTRIAN (LOKAWI INDUSTRY ESTATE) Kawasan Perindustrian Lokawi meliputi dua fasa iatu Fasa I meliputi kawasan seluas 120 ekar dan Fasa II meliputi kawasan 50 ekar. Kebanyakan dari Fasa I sudah dibangunkan manakala Fasa II masih pada peringkat permulaan.
|
Pejabat ini tidak bertanggungjawab keatas sebarang masalah/kerosakan yang
timbul melalui Laman Web ini.
Hakcipta Pejabat Daerah Papar
Sila klik disini jika ada
sebarang pertanyaan
Pejabat Daerah,
Peti Surat 324,
89608 Papar.
SABAH
MALAYSIA
Telefon No: 088-913516/913584
Fax No: 088-911021