-
Menjawab panggilan telefon tidak lewat
dalam masa tiga deringan
-
Melayan tetamu secara saksama dengan
konsep pejabat terbuka, mesra, sopan dan
menghargai masa.
-
Senantiasa menyediakan bekalan borang
yang dijual mengikut kadar yang
ditentukan kepada pelanggan dengan serta
merta.
-
Menyediakan khidmat nasihat
-
Menyediakan Peti Cadangan di
kaunter-kaunter perkhidmatan dengan
alatulis mencukupi dan dibuka sekali
dalam seminggu.
-
Menilai surat-surat cadangan
pelanggan dalam tempoh satu hari bekerja
dan menghargainya
-
Menyediakan ruang tempat menunggu kepada
para pelanggan dengan selesa.
-
Menerima dan mendaftar dokumen-dokumen
perjanjian, surat akuan dan surat kuasa
dalam tempoh 10 minit hari bekerja
-
Memproses
pembayaran elaun WKAN, KK dan KMC tidak
lewat dari 15 haribulan pada bulan
berikutnya pada setiap bulan pembayaran
-
Memproses semua pembayaran am dan
disiapkan dalam tempoh satu minggu hari
bekerja dari tarikh tuntutan diterima
-
Membuat
penyesuaian akaun perbelanjaan, deposit
dan amanah dalam tempoh tujuh hari
berkerja selepas menerima penyata.
-
Menjawab
surat-surat teguran Audit dalam tempoh
tujuh hari berkerja selepas menerima
surat.
-
Memproses permohonan lesen perniagaan
yang baru dan pembaharuan yang telah
diluluskan dalam tempoh tiga hari
berkerja
-
Membekalkan
salinan dokumen lesen-lesen yang diminta
oleh pelanggan dalam tempoh 5 hari waktu
berkerja.
-
Mengeluarkan Pesanan Pembelian Tempatan/
Perintah Kerja Am kepada kontraktor yang
berjaya dalam tempoh tujuh hari bekerja
selepas mesyuarat Sebut Harga/Tawaran.
-
Menyediakan
laporan dan dokumen penyiapan kecil luar
bandar dalam tempoh tujuh hari waktu
bekerja dari tarikh projek siap.
-
Menyediakan
baucer pembayaran dalam masa tiga hari
tarikh penyiapan projek dengan syarat
dokumen teratur dan dipatuhi.
-
Menyediakan papan tanda tunjuk arah
serta jenis perkhidmatan yang disediakan
kepada pelanggan.