[Kembali Ke Muka depan]
A. PENGENALAN
1. PUSPANITA adalah nama ringkas Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.
2. Keahlian Persatuan terbahagi kepada 6 (enam) kategori iaitu:
(i) Ahli Biasa (ii) Ahli Bersekutu (iii) Ahli Gabungan (iv) Ahli Kehormat (v) Ahli Seumur Hidup (vi) Ahli Tak Hadir
3. Mengikut Fasal 19.3.2 Perlembagaan Persatuan ini, isteri Pegawai Daerah menjadi Pengerusi. Sekiranya Pegawai Daerah berkenaan adalah wanita, maka isteri Penolong Pegawai Daerah menjadi Pengerusi. Penasihat Persatuan adalah Pegawai Daerah berkenaan.
B. PENUBUHAN PUSPANITA CAWANGAN DAERAH PENAMPANG
1. PUSPANITA Cawangan Daerah Penampang ditubuhkan pada 21 Julai 1995 dan telah dirasmikan pada 1 Disember 1995 oleh Y. Bhg. Tan Sri Datuk (Datu) Khalil bin Datu Haji Jamalul, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ketika itu.
2. Ahli-ahli pengasas PUSPANITA Cawangan Daerah Penampang adalah seramai 56 orang.
3. Keahlian PUSPANITA Cawangan Daerah Penampang setakat 06 November 2007 adalah seramai 181 orang.
C. SENARAI NAMA PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN DAERAH PENAMPANG
| Nama | Tempoh | |
| 1. | Puan Khamsiah Bt. Dasi | 21 Julai 1995 - 4 Januari 1996 |
| 2. | Puan Doris Disimond | 5 Januari 1996 - 14.11.2002 |
| 3. | Puan Flora Juin | 15.11.2002 - 07/02/2007 |
4. Puan Nailin Binansiu 08/02/2007 - hingga sekarang