[Kembali Ke Muka depan]

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH PENAMPANG

Pejabat Daerah Penampang bersedia berkhidmat dan komited untuk:-

  1. Menangani masalah/aduan yang diterima daripada orang awam dan menyelesaikannya secepat mungkin.

  2. Mengeluarkan/membaharui Lesen Berniaga sebaik-baik saja maklumat yang diperlukan didapati lengkap dan teratur.
    (Trades Licensing Ordinance - Sabah Cap 144)

  3. Menerima cadangan projek pembangunan luar bandar/pembelian, menilai kos dan mengeluarkan Perintah Kerja Am (GWO)/Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) selepas projek/pembelian didapati sesuai dan teratur serta diluluskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
    (Arahan Perbendaharaan/Pekeliling-Pekeliling Kerajaan)

  4. Menyelaras pelaksanaan projek pembangunan luar bandar, memeriksa apabila siap dalam tempoh empat (4) hari selepas dimaklumkan dan laporan projek siap dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari selepas pemeriksaan.

  5. Memastikan pembayaran dibuat atas projek kecil luar bandar, dalam tempoh lebih kurang 7 hari dengan syarat semua dokumen yang berkenaan lengkap dan teratur.

  6. Memastikan semua barang pesanan (order) dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari selepas maklumat lengkap diterima.

  7. Menganjur/menyelaras aktiviti-aktiviti kerajaan di Peringkat Daerah, tepat pada tarikh/masa yang ditetapkan.

  8. Mengurus/menyelesaikan hal-hal/masalah orang awam yang berkaitan dengan adat istiadat kaum menurut undang-undang sivil dan jenayah yang terkandung dalam bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri dengan cepat mengikut tempoh yang ditetapkan.

  9. Menjalankan/mengendalikan tugas-tugas penyelesaian masalah tanah menurut undang-undang tanah tepat pada tempoh yang ditetapkan.

  10. Menjalankan/mengendalikan tugas-tugas Suruhanjaya Pilihanraya mengenai urusan Pendaftaran Pengundi Baru, Pilihanraya Negeri/Parlimen apabila sampai masanya diperlukan.

  11. Sentiasa peka dengan perkembangan semasa khasnya yang melibatkan kerja-kerja dan prestasi kakitangan kerajaan, orang awam/pemimpin-pemimpin politik yang sedang berurusan dengan Pejabat Pentadbiran Daerah berasaskan kepada Arahan-arahan dan Pekeliling-Pekeliling kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.