[kembali ke Jentera Pentadbiran Daerah]

Pengurusan Pelesenan

1. Ciri-Ciri Penting

        a) Pegawai Daerah bertindak sebagai Pegawai Pelesenan untuk mengeluarkan lesen-lesen di bawah:

i) Ordinan Pelesenan Perniagaan 1948

ii) Akta Eksais 1976 - Lesen Liquor Yang Boleh Memabukkan

iii) Auctioneers Ordinance (Sabah) Cap. 9

b) Bayaran Lesen Perniagaan:

       Tempoh

Bayaran

      12 bulan

RM25.00

      6 bulan

RM16.65

      3 bulan

RM 8.35

       

c)     Di daerah Penampang, jenis-jenis Lesen Niaga yang selalu dipohon dibawah Ordinan Pelesenan Perniagaan adalah seperti berikut:-

i) Lesen Niaga untuk kedai kampung di atas tanah bergeran dan tanah simpanan kerajaan

ii) Lesen Niaga:

- Runcit

- Kedai Makan/Minuman

- Restoran/Cafeteria

- Salon Gunting Rambut

- Pusat Hiburan

- Kontraktor Kerja/Pembekalan/Perkhidmatan

- Workshop (Bengkel)/Kedai Kampung

- Stesyen minyak     

atas nama individu, enterprise atau Sendirian Berhad.

[kembali ke Jentera Pentadbiran Daerah]

2.    Senarai Semak

       DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN  PENGELUARAN LESEN BERNIAGA

 LESEN BERNIAGA BAGI:

A. KONTRAK AM, PEMBEKAL & PEMBORONG/KATERING(UNTUK PEJABAT  SAHAJA)

a. 2 salinan borang permohonan Lesen Berniaga

b. 2 salinan kad pengenalan pemohon/rakan kongsi

c. 2 salinan surat perjanjian sewa premis(jika ada) salinan permohonan Lesen Berniaga

 

B. KEDAI RUNCIT (KEDAI KAMPUNG ATAS TANAH BERGERAN)

a. 4 salinan borang permohonan lesen berniaga

b. 4 salinan kad pengenalan pemohon/rakan kongsi

c. 3 salinan geran tanah

d. Jika bukan pemohon lesen punya tanah, 4 salinan surat Persetujuan daripada pemilik.

 

C. KEDAI RUNCIT (KEDAI KAMPUNG DIATAS TANAH KERAJAAN/REZAB PERKAMPUNGAN)

a. 2 salinan borang permohonan lesen berniaga

b. 3 salinan borang sokongan Pengerusi JKKK/Rakan Kongsi

c. 2 salinan minit mesyuarat JKKK

 

D. KEDAI MAKAN/MINUM/BAKERY

          a. 2 salinan Borang Permohonan Lesen Berniaga

b. 2 salinan Kad Pengenalan Pemilik/Rakan Kongsi

c. 2 salinan Surat Perjanjian sewa premis(jika ada)

d. 2 sijil penyertaan kursus mengendali makanan/minuman

e. Salinan Sijil Kesihatan bagi setiap pengendali makanan/minuman termasuk pemilik lesen.

f. 10 keping pelan pengubahsuaian premis(untuk dibawah ke mesyuarat)

g. 1 salinan resit pembayaran cukai pintu kedai.

 

NOTA: Pemohon hendaklah menghantar Borang Permohonan dan dokumen sokongan terus ke Majlis Daerah Penampang.

 

 E. TAILORING/STATIONERY SHOP/LAUNDRY/CAR ACESSORIES/SUPERMARKET/FLORIST/KEDAI EMAS

a. 2 salinan borang permohonan Lesen Berniaga

b. 2 salinan kad pengenalan/rakan kongsi

c. 2 salinan surat perjanjian sewa premis

d. 1 salinan resit pembayaran cukai pintu kedai

Nota: Pemohon hendaklah menghantar Borang Permohonan dan dokumen sokongan terus ke Majlis Daerah Penampang.

 

F. HAIR & BEAUTY SALOON

a. 2 salinan borang permohonan lesen berniaga

b. 2 salinan kad pengenalan pemohon/rakan kongsi

c. 2 salinan sijil mendandan rambut

d. Sijil kesihatan bagi setiap pekerja termasuklah pemilik lesen

e. 1 salinan resit pembayaran cukai pintu kedai.

 

G. PUB/KARAOKE

a. 2 salinan borang permohonan lesen berniaga

b. 2 salinan kad pengenalan pemohon/rakan kongsi

c. 4 salinan permohonan lesen minuman yang boleh memabukkan/akan dibawah ke mesyuarat pada masa-masa yang tertentu.

d. 10 keping pelan pengubahsuai premis(untuk dibawah ke mesyuarat)

e. 2 salinan kedudukan premis(OC)

f. 2 salinan surat perjanjian sewa premis (jika ada)

g. 2 salinan sijil penyertaan kursus pengendalian makanan dan minuman bagi setiap orang pengendali makanan termasuk pemilik lesen.

 

H. BENGKEL KERETA(WORKSHOP)

a. 2 salinan borang permohonan lesen berniaga

b. 10 keping pelan bangunan

c. 2 salinan geran tanah.

d. 3 salinan surat persetujuan daripada pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik punya tanah.

e. 2 salinan minit mesyuarat JKKK mengenai permohonan

f. 3 salinan surat permohonan untuk membina bengkel

g. 1 salinan resit pembayaran.

 

I. KILANG BESI

a. 4 salinan borang permohonan lesen berniaga

b. 4 salinan kad pengenalan pemohon/rakan kongsi

c. 10 set Pelan Bangunan

d. 1 salinan resit pembayaran cukai tanah.

 

J. KILANG MAKANAN

a. 4 salinan borang permohonan lesen berniaga

b. 4 salinan kad pengenalan pemohon/rakan kongsi

c. 10 Set Pelan Bangunan

d. 4 salinan Sijil Kesihatan bagi setiap pekerja dan pemohon lesen

e. 4 salinan sijil penyertaan kursus makanan/minuman

f. 4 salinan geran tanah

g. 4 salinan surat permohonan pembinaan kilang yang dialamatkan kepada PPHT

h. 4 salinan surat persetujuan dari pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah

i. 1 salinan resit pembayaran cukai tanah.

 

K. FARMASI

a. 2 salinan borang permohonan

b. 2 salinan kad pengenalan/rakan kongsi

c. 10 Set Pelan Pengubahsuaian premis

d. 2 salinan surat pengesahan pembelian/surat perjanjian sewa premis

 

L. BILLIARD SALOON/AMUSEMENT CENTRE

a. 2 salinan borang permohonan

b. 2 salinan kad pengenalan pemohon/rakan kongsi

c. 10 Set Pelan Pengubahsuaian premis

d. 2 salinan surat pengesahan pembelian/penyewaan premis

e. 2 salinan surat kelulusan/sokongan daripada Kementerian Pembangunan & Perumahan(MLG)

Nota: Premis Billiard Saloon mestilah ditingkat atas.

  

[kembali ke Jentera Pentadbiran Daerah]

SOKONGAN DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN LESEN BERNIAGA BERSTATUS SDN. BHD. 

a. 2 naskah Memorandum of Articles

b. 2 salinan Form 49

c. 2 salinan Form 24

d. 2 salinan Form 13

e. Semua salinan dokumen a-d mestilah disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat Berkenaan.

f. Borang Permohonan ditandatangani oleh 2 orang pengurus.

g. Borang Permohonan mestilah dicap dengan cap syarikat.

 

KADAR BAYARAN

Pembaharuan   

- RM25.00

Permohonan Baru mulai 01.01. hinnga 31.06.

- RM25.00

Permohonan Baru mulai 01.07 hingga 30.09

- RM16.65

Permohonan Baru mulai 01.10 hingga 31.12

- RM 8.35

                                            

[kembali ke Jentera Pentadbiran Daerah]

3. GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR MEMOHON LESEN LIQUOR YANG MEMABUKKAN

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selaku Urus Setia Lembaga Pelesenan Eksais Bahagian Pantai Barat, Sabah adalah bertanggungjawab untuk mengatur mesyuarat Lembaga untuk pemprosesan permohonan lesen bagi menjual minuman keras di Bahagian Pantai Barat, Sabah yang dikenakan lesen ialah minuman keras yang memabukkan ataupun yang mengandungi lebih 2% alkohol.

A. LESEN MINUMAN KERAS ADALAH TERBAHAGI KEPADA 5 JENIS IAITU:

1. LESEN BORONG

Lesen ini adalah dikeluarkan kepada pemborong-pemborong arak yang menyimpan stok yang banyak. Kadar lesen sebulan atau sebahagian ialah RM45.00 dan masa penjualan ialah 7.00 pagi hingga 9.00 malam.

2. LESEN RUNCIT

Lesen ini adalah dikeluarkan kepada pekedai-pekedai, pasaraya dan kedai ubat. Minuman yang dibeli tidak boleh dibuka/diminum di kedai tersebut. Kadar lesen sebulan atau sebahagiannya ialah RM35.00 dan masa perniagaan ialah 7.00 pagi hingga 9.00 malam.

3. LESEN RUMAH AWAM-

Terdapat 3 klasifikasi rumah awam seperti berikut:

(i) Rumah Awam Kelas 1

Masa perniagaan: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Kadar lesen sebulan atau sebahagiannya ialah RM110.00

(ii) Rumah Awam Kelas 2

Masa perniagaan: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Kadar lesen sebulan atau sebahagiannya ialah RM80.00

(iii) Rumah Awam Kelas 3

Masa perniagaan: 10.00 pagi hingga 9.00 malam

Kadar lesen sebulan atau sebahagiannya ialah RM55.00

4. LESEN RUMAH BIR

(i) Kelas I

Masa Perniagaan: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Kadar lesen sebulan atau sebahagiannya ialah RM55.00

(ii) Kelas II

Masa Perniagaan: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Kadar lesen sebulan atau sebahagiannya ialah RM35.00

5. LESEN SEMENTARA

Kadar lesen bagi sehari atau sebahagiannya ialah RM30.00

 B. PENYAMBUNGAN MASA PERNIAGAAN

(a) Rumah Awam

Kadar sejam atau sebahagiannya ialah RM30.00

(b) Rumah Bir

Kadar sejam atau sebahagiannya ialah RM15.00

C KELAYAKAN PEMOHON

(i) Bukan beragama Islam

(ii) Pemilik tunggal atau seorang pekongsi utama atau seorang Pengarah dalam sebuah syarikat berhad atau orang yang diberi kuasa bagi pihak syarikat berkenaan.

D. CARA MEMOHON

(i) Mendaftar Perniagaan

Seseorang pemohon bagi lesen liquor hendaklah mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya atau pejabat Daerah yang berkenaan.

(ii) Mengiklankan Dalam Akhbar

Pemohon hendaklah mengiklankan permohonannya dalam dua buah akhbar tempatan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris selam dua hari berturut-turut atas perbelanjaannya sendiri mengikut format dan cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Iklan itu semestinya dibuat 2 minggu sebelum tarikh mesyuarat Lembaga tersebut.

(iii) Dokumen-Dokumen Diperlukan

Permohonan hendaklah dibuat 4 salinan borang khas dan dimajukan kepada Lembaga Pelesenan Eksais Bahagian Pantai Barat, D/a Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, 88675 Kota Kinabalu Sabah berserta dengan dokumen-dokumen berikut:

(a) Salinan lesen perniagaan dan borang 49 dan 9, jika syarikat itu Sdn. Bhd.

(b) 4 salinan keratan iklan permohonan lesen yang disiarkan dalam akhbar

(c) 4 salinan lesen premis atau lesen perniagaan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak Pejabat Daerah.

E. TARIKH MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Permohonan Baru/Pindah Milik/Pindah Premis

Tidak lewat daripada 2 minggu sebelum tarikh Mesyuarat Lembaga Pelesenan Eksais Bahagian Pantai Barat, Sabah yang diiklankan dalam akhbar tempatan

(ii) Permohonan Memperbaharui Lesen

Tidak lewat daripada empat minggu sebelum tarikh lesen itu tamat.

 

F. PROSES PERMOHONAN

Permohonan yang diterima oleh urusetia Lembaga dan disalurkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais dan Ketua Polis Daerah yang berkenaan untuk ulasan.

G. PIHAK BERKUASA MELULUSKAN PERMOHONAN

Setiap permohonan bersama dengan ulasan Ketua Polis Daerah dan pihak Jabatan Kastam dan Eksais akan dipertimbangkan dan keputusan dibuat oleh Lembaga Pelesenan Eksais dalam mesyuarat yang telah ditetapkan.

H. PENGELUARAN LESEN

Pemohon yang telah diluluskan permohonannya akan diberi lesen bagi tempoh setahun iaitu sehingga 31 Disember pada setiap tahun sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

I. PENOLAKAN LESEN

Permohonan lesen boleh ditolak atau tidak dipertimbangkan atas sebab-sebab yang berikut:

(i) Tidak diperakui oleh pihak Polis atau Eksais

(ii) Tidak memperolehi lesen premis atau lesen Perniagaan daripada Pejabat Daerah atau Kuasa-Kuasa Tempatan

(iii) Tidak sesuai dari segi lokasi:-

-    Berhampiran dengan Masjid atau tempat ibadat yang lain

(iv) Berhampiran dengan sekolah

(v) Di mana-mana tempat yang dibantah oleh orang awam

(vi) Berpotensi menimbulkan masalah kacau-ganggu atau menjejaskan ketenteraman awam

J. PERATURAN PENJUALAN LIQUOR

Pemegang lesen liquor hendaklah sentiasa mematuhi syarat-syarat pengeluaran lesen terutama yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor Memabukkan 1976) - antaranya :-

(i) Penjualan kepada seseorang yang beragama Islam adalah dilarang

(ii) Penjualan kepada seseorang di bawah umur 18 tahun adalah dilarang

(iii) Penjualan Liquor dalam ‘sachet’ tidak dibenarkan

(iv) Mematuhi waktu penjualan dan lain-lain peraturan yang dikenakan dari masa ke masa

(v) Menyimpan rekod-rekod pembelian dan penjualan liquor setiap hari

K. TAMBAHAN MASA PERNIAGAAN

Lembaga mengikut budibicaranya boleh meluluskan tambahan masa perniagaan seperti berikut:-

(i) Semua jenis Hotel boleh menjual sehingga pukul 2.00 pagi setiap malam dengan bayaran tambahan ke atas lesen tersebut.

(ii) Semua tempat-tempat lain:-

-

Hari Isnin - Jumaat sehingga pukul 1.00 pagi setiap malam

 

dengan bayaran tambahan ke atas lesen tersebut (RM30.00  

 

sejam atau sebahagiannya)

(iii) Hari Sabtu, Ahad dan hari-hari kelepasan am:

       -

Boleh menjual hingga pukul 2.00 pagi dengan bayaran

 

tambahan ke atas lesen tersebut

Sekiranya ada keraguan, sila berhubung dengan Bahagian Pelesenan, Pejabat Daerah, Penampang.

Puan Melanie Okiong Dainal : 088-711791/711041

Puan Luna Jivilip : 088-711791/711041