MISI, VISI DAN OBJEKTIF PEJABAT DAERAH PENAMPANG
Misi
Misi pejabat ini ialah: "Membangunkan Daerah Penampang setanding dengan daerah-daerah yang lain di Malaysia".
Visi
Pejabat Daerah Penampang berhasrat menjadikan Penampang sebuah Daerah yang maju.
Objektif
Objektif Pejabat ini bolehlah diringkaskan seperti berikut:
Merancang, mentadbir dan melaksanakan
dasar dan program pembangunan sosio-ekonomi di bandar dan luar bandar
bersesuaian dengan kehendak-kehendak Dasar Pembangunan Nasional.
Menyelaras segala aduan awam daripada
rakyat, memberi khidmat nasihat dan perancangan serta penguatkuasaan undang-undang
terhadap rakyat.
Menyelaras pengawasan dan tindakan
sesuai yang melibatkan kerja-kerja/tugas-tugas pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan di
peringkat daerah.
Mengurangkan kadar rakyat termiskin
daerah serta menyediakan prasarana yang sempurna serta mengujudkan masyarakat
yang berdaya maju.
Mengujudkan suasana aman dan harmoni di kalangan anggota masyarakat dan memberi khidmat kehakiman, perundangan serta berusaha meninggikan mutu perkhidmatan pejabat dan sebagai penghubung/ penyambung lidah kerajaan diperingkat daerah.