[kembali ke Profail Daerah]
Bangunan Lama Pusat Pentadbiran Daerah Penampang

Pewujudan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang
(a) Cadangan untuk pewujudan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang telah dibuat oleh Residen Pantai Barat, Mr. A.G.C. Irving pada Ogos, 1925. Bangunan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang telah dibina di Kasigui ditapak Pejabat JKR, Penampang terletak sekarang. Pusat Pentadbiran Daerah ini berpindah ke Bangunan Urusetia Daerah Penampang yang baru apabila status Daerah ini dinaikan taraf sebagai Daerah penuh pada tahun 1971.
(b) Pentadbiran Daerah Penampang adalah di bawah Pegawai Daerah Jesselton pada waktu itu. Seorang pegawai bergelar DADO (Deputy Assistant District Officer) ditempatkan di Penampang. Jawatan ini diganti dengan jawatan Penolong Pegawai Daerah sehingga tahun 1970. Status daerah dinaik taraf sebagai Daerah Penuh pada tahun 1971. Pegawai Daerah yang pertama ditukarkan ke Daerah Penampang ialah Encik Justine G. Mak.
(c) Senarai nama-nama Pegawai Daerah yang pernah berkhidmat di Daerah Penampang adalah seperti berikut:-
Nama |
Tempoh Perkhidmatan |
| Encik Justine G. Mak | 1971 - 1972 |
| Encik Roger Dunstan | 1973 |
| Encik Mohd. Fauzi Kou | 1974 |
| Encik Joseph Lanjuat | 1975 |
| Encik Yahya Ahmad Shah | 1975-1976 |
| Encik Osmund Yapp | 1976 (Mac-Disember) |
| Encik Patrick Michael (Datuk) | 1977 |
| Encik Ignatius J. Bantoi (Datuk) | 1977 - 1979 |
| Encik Simon Gonsilou | 1980 - 1982 |
| Encik Clarence Bongkos Malakun(Datuk) | 1983 - 1984 |
| Encik Simon Gonsilou | 1985 |
| Encik Ebin Sabin | 1986 - 1989 |
| Encik George W. Leong | 1990 - 1992 |
| Encik Norbert Lee | 1992 - 1994 |
| Encik Jumahad Miassin | 1994 - 1996 |
| Encik James Loijin | 05.01.1996 – 15.11.2002 |
| Encik Stephen L. Sondoh | 15.11.2002 – 07.02.2007 |
| Encik Nicholas @ William Sampil | 12.02.2007 – (sekarang) |
Asal-Usul Nama Daerah Penampang
Nama daerah Penampang diambil dari nama salah sebuah kampung yang terawal diwujudkan bernama Kg.Penampang. Kampung ini mendapat nama dari perkataan 'Pampang' yang bererti batu besar. Ini kerana pada zaman dahulu banyak batu besar terdapat dikawasan Kg.Dambai ditepi Sungai Moyog/Petagas dimana Kg. Penampang terletak sekarang. Lama-kelamaan sebutan "Pampang" bertukar menjadi Penampang.(Perlu diambil perhatian bahawa bangunan Gereja St.Michael Penampang dibina dengan menggunakan batu besar dari kawasan Kg.Penampang)
Keluasan Daerah Masa Kini
178.948 batu persegi (keluasan asal daerah Penampang ialah 180 batu persegi, menjadi 178.948 batu persegi apabila kawasan seluas 260 ekar atau 0.406 batu persegi diletakkan dalam kawasan Kota Kinabalu pada 28 Jun 1999).
Bilangan dan Pecahan Penduduk
Anggaran Penduduk pertengahan tahun 2009:
| Suku Kaum | Jumlah Orang | |
| 1. | Kadazan/dusun |
66,074 |
| 2. | Cina |
36,774 |
| 3. | Melayu |
29,987 |
| 4. | Bajau |
17,861 |
| 5. | lain - lain |
7,171 |
| Jumlah |
157,867 |
|
| Sumber: Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2009 |
Kawasan Pilihanraya
Kawasan Pilihanraya parlimen P.174 Penampang dibahagikan kepada dua kawasan Pilihan Raya Negeri, Iaitu N.20 Moyog dan N.19 Kapayan.
Bentuk Muka Bumi/Topografi
Daerah Penampang merupakan salah satu daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat negeri Sabah dan bersempadan dengan Daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Papar dan Tambunan.
Daerah Penampang mempunyai dua bentuk muka bumi yang berbeza iaitu kawasan tanah dataran rata yang mengunjur sehingga ke persisiran pantai dan kawasan tanah tinggi yang terdiri daripada bukit-bukau di banjaran Crocker. Hampir 70% bentuk mukabumi di Daerah Penampang adalah terdiri daripada kawasan tanah tinggi. Manakala 30% lagi adalah terdiri daripada kawasan tanah rendah yang membentuk dataran alluvium yang subur.
Perbezaan dua jenis bentuk muka bumi yang ketara di Daerah Penampang ini, jelas menunjukkan bahawa ruang pembangunan di Daerah Penampang adalah terhad dan terbatas dan seterusnya menjadi penghalang kepada pembangunan di masa hadapan.
Hasil daripada halangan fizikal tersebut juga, hampir 80% daripada penduduknya tertumpu di kawasan persisiran pantai yang rata dan subur, di kawasan berdekatan dengan sungai dan juga di kawasan yang berkecerunan rendah.
Memandangkan ruang tapak pembangunan yang terhad di Daerah Penampang, secara lansung telah mendorong pembangunan dilakukan di kawasan-kawasan tanah tinggi yang menyebabkan kerja-kerja pemotongan bukit berlaku.
Pecahan Peratusan Anggaran Gunatanah di Daerah Penampang adalah seperti berikut:-
Gunatanah |
Peratus(%) |
| Petempatan (Pembangunan Tepu) | 20% |
| Village dan Countryside | 10% |
| Tanah Tinggi (Ridge Conservation) | 15% |
| Hutan Simpan (Croker Range Forest Reserve) | 50% |
| Kawasan Tadahan Air (Water catchment area) | 5% |
| Sumber:Kajian JPBW,2001
|
Bilangan Mukim
Kawasan N.20 Moyog
| Mukim | Bil | Kampung |
| (a) Mukim 1 | 01 | Buayan |
| 02 | Babagon | |
| 03 | Kipouvo | |
| 04 | Kibunut | |
| 05 | Longkogunggan | |
| 06 | Moyog | |
| 07 | Madsiang | |
| 08 | Notorus | |
| 09 | Tampasak | |
| 10 | Timpangoh Laut | |
| 11 | Terian | |
| 12 | Togudon | |
| (b) Mukim II | 01 | Babaig |
| 02 | Inobong | |
| 03 | Kibabaig Proper | |
| 04 | Kimoligan | |
| 05 | Kolopis | |
| 06 | Putaton | |
| 07 | Pogunon | |
| 08 | Penampang | |
| 09 | Sarapung | |
| 10 | Tindai/Tanaki/Kambau | |
| 11 | Dabak | |
| (c) Mukim III | 01 | Bokok/Kituau |
| 02 | Babah/Bunduon | |
| 03 | Dubah | |
| 04 | Hubah | |
| 05 | Limbanak | |
| 06 | Maang | |
| 07 | Nambazan | |
| 08 | Penapah/Kondis | |
| 09 | Ramayah | |
| 10 | Sugud | |
| 11 | Tinduuzon | |
| (d) Mukim IV | 01 | Guno |
| 02 | Baru | |
| 03 | Terawih | |
| 04 | Kopimpinan | |
| 05 | Mahandoi | |
| 06 | Kurai Kandazon | |
| 07 | Sukod | |
| 08 | Bukitas |
Kawasan N.19 Kepayan
| Bil | Kampung |
|
01 |
Ganang |
| 02 | Peringatan |
| 03 | Koidupan |
| 04 | Kobusak Nosoob |
| 05 | Mogoputi |
| 06 | Nosoob Baru |
| 07 | Tunoh |
| 08 | Kepayan |
| 09 | Pekan Kepayan |
| 10 | Pekan Donggongon |
| 11 | Pekan Lido |
| 12 | Taman Nosoob |
| 13 | Taman Derlima |
| 14 | Taman Oriental |
| 15 | Perumahan Kepayan |