[kembali ke Profail Daerah]

Pada zaman dahulu, aktiviti ekonomi daerah Penampang adalah tertumpu kepada pertanian (penanaman padi sawah, penanaman getah dan sebagainya). Tetapi pada masa kini, aktiviti tersebut tidak lagi merupakan keutamaan atas sebab-sebab berikut :

(a) Peningkatan tahap pendidikan di mana generasi muda tidak berkecimpung dalam bidang pertanian (penanaman padi).

(b) Penukaran gunatanah daripada kawasan tanaman padi kepada pembangunan komersial, perumahan, perindustrian, tempat ibadat, institusi kerajaan, taman dan rekreasi dan juga kemudahan awam seperti sekolah.

Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas maka gunatenaga daerah Penampang terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :

(a) Perkhidmatan Awam

(b) Perkhidmatan Swasta

(c) Perniagaan

(d) Pengangkutan

(e) Pembinaan

(f) Pertanian (secara individu dan kecil-kecilan)