Latar Belakang Pejabat Daerah Nabawan

Bermula awal tahun 1957. Setesen Pensiangan adalah merupakan Pusat Pentadbiran Daerah dibawah pentadbiran Residen Pedalaman yang berpusat didaerah Keningau. Jarak daripada setesen Pensiangan ke Nabawan ialah 114 kilometer dan pada ketika itu kenderaan belum wujud, dimana perjalanan masih menggunakan jalan kecil dan menaiki kuda. 

Pegawai Daerah yang ditugaskan disetesen tersebut dibekalkan Kuda sebagai kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi jabatan tidak kira dalam daerah ataupun kedaerah Keningau. Perhubungan telefon pada ketika itu adalah menggunakan Telefon Direct Cable, dimana talian didirikan sepanjang perjalanan daripada Keningau ke setesen Pensiangan. Telefon berkenaan menggunakan sistem Roll tanpa menggunakan kuasa letrik atau batteri. 

Awal tahun 1957, setesen Pensiangan dibekalkan seorang Pen. Pegawai Daerah, juga sebagai Pegawai Daerah, beliau ialah Mr. I.C. Peck ( yang pertama bertugas disetesen tersebut). 

Pada awal tahun 1974, pusat pentadbiran setesen Pensiangan berpindah ke Nabawan yang dikenal pada masa kini Daerah Nabawan Pensiangan. Nabawan adalah merupakan Pusat Pentadbiran dan Pensiangan adalah daerah penuh. Masyarakat sebelum perpindahan pusat pentadbiran Pejabat Daerah ke Pekan Nabawan, awalah sejarah sebab-sebab masyarakat Suku Kaum Murut Pensiangan berpindah ke Pekan Nabawan adalah disebabkan pada zaman pemerintahan Kerajaan USNO Skim Penempatan Nabawan diwujudkan. Dan pada ketika itu seorang yang terkenal dan berpengaruh telah membawa sebilangan besar masyarakat Suku Kaum Murut ke Pekan Nabawan untuk menyertai skim Penempatan Nabawan dan beliau ialah Datuk OKK Sigoh juga merupa keluarga yang pertama berhijrah ke pekan Nabawan iaitu awal tahun 1969.  Sememangnya sejarah ini adalah benar dan seluruh masyarakat suku Kaum Murut Pensiangan mengetahuinya dan sangat menghormati beliau. 

Namun setelah sekian lama, sejarah ini semakin dilupakan, bahkan terdapat beberapa perbezaan dengan kehadiran beberapa tokoh politik yang tidak senang dengan populariti beliau, namun sebahagian besar masyarakat murut daerah Nabawan Pensiangan masih menghargai dan menghormati jasa dan bakti Datuk OKK Sigoh yang membawa pembaharuan kepada mereka. 

Semakin hari, semakin berubah dan pergolakan politik semakin popular, justeru itu nama Datuk OKK sigoh tidak wujud lagi dikalangan mereka yang tidak mengetahui sebenarnya siapakah orang yang pertama telah membuka pintu masyarakat Suku Kaum Murut untuk menjadikan mereka sekarang ini menikmati pelbagai kemudahan. 

Hari-hari yang indah, tahun bertukar, pemikiran bertukar, falsafah dan adat hampir pupus kini Nabawan Pensiangan telah mencapai sebahagian objektif yang dihasilkan oleh beberapa tokoh politik, termasuk beliau Datuk OKK Sigoh yang telah merintis jalan pertama.dan kini daerah Nabawan Pensiangan Tahun 1998-1999 telahpun memiliki Mini Sekretariat Bertingkat hasil daripada perihatin Kerajaan dan telah memberikan status dan kategori bagi jawatan seorang Pegawai Daerah di sandang oleh Pegawai Kanan Kerajaan Gred N.02 setaraf dengan daerah-daerah lain di Sabah. 

Pelawat

Reserved 64.0% Reserved
United States 19.5% USA
Malaysia 15.3% Malaysia

Total:

39

Countries
00032097
Today: 1
This Week: 72
This Month: 196

Hubungi Kami

Alamat:

Pejabat Daerah,

Peti Surat Bil.66,

89957 Nabawan Pensiangan, Sabah,

Malaysia.

Tel. No: 087-366211

Fax: 087-366212

 facebook