Cerita Rakyat  mengenai adat istiadat
suku kaum murut Pensiangan

 Pensiangan | Sambutan dan layanan | Pencacian | Pesanan atau Doa Selamat
Rumah Panjang | Andui-Andui
 
1. ASAL-USUL NAMA PENSIANGAN

Asal-usul nama Pensiangan ini telah terjadi hasil daripada pertemuan atau percantuman dua batang sungai yang mengalir. Percantuman  atau pertemuan ini membawa kepada terjadinya nama " PENSIANGON" dalam panggilan Bahasa Murut. Suku kaum murut dahulu sebilangannya tinggal dipinggir kuala dan batang sungai yang mengalir ini. Mereka membuat pondok-pondok di pinggir sungai tersebut sebagai tempat kediaman mereka.   

Apabila sudah sekian lama tinggal dikampung ini maka tibalah penjajah Borneo disitu. Penjajah ini dikenali " Chartered Company". Seorang daripada Ketua Cartered Company tersebut bertanya berkenaan dengan nama kampung tersebut, lalu penduduk kampung tersebut memberitahu bahawa kampung ini dipanggil "Pensiangon". Sebaik saja perkataan itu didengar oleh Ketua Chartered Company tadi, maka ia memanggil nama Pensiangon menjadi Pensiangan. sehingga kini Pensiangan adalah dikenali dimerata dunia dan dalam Peta bahawa daerah Pensianganlah yang digunakan. Manakala nama Nabawan adalah sebagai pusat pentadbiran dan ianya sebagai pekan Nabawan dalam daerah Pensiangan.   
 

 
2. SAMBUTAN DAN LAYANAN

Di daerah Pensiangan ini memang tetap teguh pendiriannya yang mulia dan tersendiri. Meeka tidak begitu mudah melepaskan adat istiadat yang menjadi lumrah itu. Para penduduk didaerah ini amat gembira sekiranya mereka mendengar ada tetamu yang akan mengunjungi rumah mereka.   

Sambutan dan layanan meeka tidak ada perubahan baik orang dalam negeri mahupun orang luar negeri dan negara. Walaupun mereka tidak mengenali pengujung tersebut, namun mereka menyambutnya dengan gembira. Sebaik saja para tetamu masuk mereka diberi salam hormat oleh Ketua Keluarga atau Ketua Kampung dan mempersilakan tetamu tadi duduk.   

Sementera itu para tetamu akan dihidang pelbagai makanan dan minuman mengikut kesukaan, termasuk adat istiadat dan menjadi juadah utama iaitu minum tapai.   

 
3. PENCACIAN

Oleh kerana adat istiadat disini ialah minum tapai adalah satu penghormatan yang dianggap besar, jadi sekiranya sebuah rumah di daerah ini ( Pensiangan ) telah dikunjungi oleh siapa sesiapa pengujung, tetapi tuan rumahnya tidak memberi penghormatan seperti penghidangan tapai, maka dia dicaci oleh tuan rumah jirannya.   

Sebab itulah jika sesebuah rumah itu tidak mempunyai tapai, maka mereka akan berusaha untuk mencarinya bagi memberi layanan adat, dan mereka merasa tidak senang hati jika tidak dapat memberi pengujung rumah mereka mengikut adat istiadat yang mereka amalkan.   

 
4. PESANAN ATAU DOA SELAMAT

Apabila pengujung akan berangkat kembali, maka tuan rumah akan memberi sepatah dua kata atau doa selamat seperti berikut " MONSOI KAU AMAN, ASAWAT PO UMUR AM ANDULI KAPOH" yang bermaksud supaya tetamu yang akan berlepas itu selamat dalam perjalanan dan kalau panjang umur mereka dipersilakan kembali lagi.   

Memandangkan beberapa perkara yang terhurai diatas maka dapat kita fikirkan bahawa sekiranya pergi kedaerah pensiangan, tidak perlulah bawa wang banyak, kerana makan dan minum itu semua diberi percuma oleh tuan rumah. 

 
5. RUMAH PANJANG

Rumah Panjang suku kaum murut ini biasanya mempunyai penghuni lebih kurang sepuluh keluarga. Sesebuah rumah panjang itu terdapat beberapa buah bilik menurut bilangan keluarga yang menghuninya dan biasanya ditengah-tengah rumah disediakan satu dewan khas bagi menyambut perayaan dan untuk penginapan tetamu.   

Asal-usul mulanya rumah panjang ini diperbuat adalah disebabkan keadaan dahulunya iaitu sebelum ada pemerintahan didapati sering terjadi membunuh di antara satu keturunan dengan satu keturunan dan untuk mempertahankan daripada serangan musuh, maka berkumpullah keluarga yang berasal dari satu keturunan lalu membuat rumah panjang untuk menampung keluarga yang ada. Dengan adanya rumah panjang ini ini, maka dapatlah bersedia dan melawan bersama-sama sekiranya diserang oleh pihak lawan dan terjaminlah keselamatan mereka.   

 
6. ANDUI -ANDUI

Andui-Andui adalah satu nyanyian bagi kaum asli murut yang kini mereka nyanyikan semasa mengadakan keramaian terutama sekali semasa mereka minum tapai. Andui-Andui ini adalah merupakan satu nyanyian bagi mereka sebagai menghiburkan hati dan memberikan peransangan kepada si peminum tapai itu supaya cepat sampai tanda yang disebut " TAP atau LOKOP " iaitu kira-kira dua atau tiga gelas air pada satu lokop.   
 

  
Keatas