A- A A+

 

Pentadbiran Pejabat Daerah Kecil

Penolong Pegawai Daerah adalah selaku Ketua Jabatan dan Ketua Pentadbir kepada tiga bahagian yang terdapat di dalam pentadbiran pejabat ini. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Bahagian Mahkamah Anak Negeri. Bahagian-bahagian berkenaan masing-masing ditadbir oleh Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Daerah:

  1. Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan - Diketua oleh Penolong Pegawai Daerah.
  2. Bahagian Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar - Diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah.
  3. Bahagian Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri - Diketuai oleh Ketua Daerah.

  • Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan

        Bahagian ini bertanggungjawab mengurus:
      1. Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Tahunan.
      2. Pemungutan Hasil.
      3. Perlesenan.
      4. Perakaunan (memproses baucer-baucer pembayaran pembelian tempatan, tuntutan elaun-elaun perjalanan, elaun Ketua Kampung, gaji kakitangan dan sebagainya).
      5. Urusan Fail.
      6. Pengurusan Pejabat (kebersihan pejabat dan sebagainya).
      7. Pentadbiran pelbagai Undang-undang.
      8. Hal-hal Perjawatan.
      9. Urusan Tawaran dan Sebutharga.
      10. Perlantikan Ketua Daerah/Ketua Anak Ngeri/Wakil-wakil Ketua Anak Negeri/Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung.
      11. Keselamatan.
      12. Urusan Kehakiman.
      13. Urusan Pilihanraya.


  • Bahagian Pembangunan

        Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk mengurus:
      1. Perancangan projek-projek pembangunan.
      2. Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar.
      3. Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.
      4. Pentadbiran JKKK.
      5. Mengemaskini data-data dalam Bilik Gerakan.
      6. Mengemaskini PMS on-line.


  • Bahagian Mahkamah Anak Negeri

      Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan Mahkamah Anak Negeri seperti berikut:
    1. Tuntutan Waris
    2. Perkahwinan
    3. Penceraian
    4. Pemberian Sijil Anak Negeri
    5. Pentadbiran Ordinan Mahkamah Anak Negeri
    6. Pembicaraan kes-kes yang ada kaitan dengan adat resam
    7. Memproses permohonan mengangkat anak (adoption)

  Laman ini dikemaskini pada : 30 Ogos 2016

Notis Penafian : Pejabat Daerah Kecil Matunggong tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

Paparan Terbaik : Portal ini paling sesuai dipaparkan melalui pelayar Mozila Firefox dan Google Chrome; Resolusi paparan 1024 x 768 pixels


 

PEJABAT DAERAH KECIL MATUNGGONG, KUDAT, SABAH

Notis Hakcipta   |   Dasar Privasi    |  Dasar Keselamatan  |   Peta Laman

Hakcipta © 2015 by Pejabat Daerah Kecil Matunggong, Sabah, Malaysia