A- A A+

 

Antara peranan PD(K)MTG ialah:

  1. Sebagai agensi pelaksana program-program pembangunan selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara.
  2. Sebagai perancang utama pembangunan daerah.
  3. Sebagai penghubung/wakil Kerajaan dengan rakyat setempat (peringkat akar umbi).

Antara fungsi utama PD(K)MTG ialah:

  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek kecil pembangunan dan kemudahan asas yang dibiayai daripada pelbagai sumber peruntukan seperti:
      • Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri
      • Peruntukan Ahli Parlimen
      • Peruntukan Projek Kecil Kerajaan Negeri
      • Peruntukan Projek Kecil Persekutuan
  2. Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan di peringkat daerah.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/projek peningkatan taraf dan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar selaras dengan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
  4. Merancang, menyelaras dan memastikan Pengurusan dan Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri dikendalikan secara teratur dan berkesan.
  5. Memberikan perkhidmatan Mahkamah Majistret Kelas Dua kepada masyarakat setempat.Penolong Pegawai Daerah adalah diwartakan sebagai Majistret Kelas Dua.
  6. Sebagai Pihak Berkuasa mengeluarkan lesen-lesen perniagaan.
  7. Sebagai Pihak Berkuasa mengutip hasil dan Cukai Setem.

 

PERKARA PENTADBIRAN PD(K)MTG

  1. Pentadbiran Am & Kewangan

      • Pemungutan Hasil

      • Perakaunan

      • Pengurusan Pejabat

      • Hal-hal Perjawatan

      • Urusan Protokol

      • Keselamatan

      • Tawaran dan Sebutharga

      • Urusan Setor

  2. Pentadbiran Pembangunan

      • Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK).

      • Perancangan projek-projek pembangunan.

      • Integrasi aktiiiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar.

      • Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.

  3. Pentadbiran Kehakiman (Mahkamah Majistret)

    • Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dilantik sebagai Ex Officio "Second Class Majsitrate" untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
      • Pembicaraan kes-kes kesalahan minor (minor offences)

      • Menandatangani Waran Penjara (Commit to Prison)

      • Menandatangani Waran Reman (Remand Warrant)

      • Menandatangani waran masuk "Mental Asylum"

      • Mengendos atau mengesahkan surat-surat akuan/sumpah/perjanjian dan sebagainya

  4. Pentadbiran Luar Bandar

    • Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Luar Bandar Daerah untuk menguruskan pemilihan/ perlantikan Ketua Daerah / Ketua Anak Negeri / Pemimpin Masyarakat Cina / Wakil Ketua Anak Negeri, dan Ketua Kampung.
  5. Mahkamah Anak Negeri

    • Pejabat Daerah Kudat juga terlibat dalam pentadbiran Mahkamah Anak Negeri. Pegawai Daerah mendengar apil daripada Mahkamah Anak Negeri serta memeriksa semula (review) kes-kes dan keputusan-keputusan Mahkamah Anak Negeri menurut kehendak "Native Court Ordinance Cap. 86".
  6. Urusan Pilihanraya

    • Penolong Pegawai Daerah bertindak sebagai Pendaftar Pemilih dan juga sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya apabila pilihanraya diadakan.
  7. Fungsi-fungsi Berkanun Yang Lain

    • Penolong Pegawai Daerah juga terlibat dalam pentadbiran Undang-undang seperti:
    1. Maintenance Ordinance 1959

    2. Statutory Declaration Ordinanace Cap. 138

    3. Road Vehicle Ordinanace

    4. Defination Of Native Ordinance Cap.68

    5. Administration Of Native and Small Estates Ordinanace Cap.1

    6. Auctioneer Ordinanace Cap.9

    7. Agricultural Pest Ordinance Cap.4

    8. Cattle, Grazing an Pounds Ordinance Cap.31

    9. Akta Kawalan Bekalan 1961

    10. Burial Ordinanace Cap.19

    11. Adoption Ordinance

    12. Law Reform (marriage and Divorce) Act, 1976

  8. Urusan Protokol dan istiadat

      • Protokol – Penolong Pegawai Daerah bertindak sebagai Pegawai Protokol untuk menerima tetamu-tetamu kenamaan (VIP) bagi lawatan-lawatan di daerah.

      • Perayaan dan Majlis-majlis Rasmi – Penolong Pegawai Daerah bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir perayaan dan majlis-majlis rasmi Kerajaan di daerah.

  9. Pengerusi/Ketua Pelbagai Agensi dan Badan Sukarela

    • Penolong Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi persatuan dan jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:
    1. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di peringkat daerah

    2. Jawatankuasa Keselamatan Daerah

    3. Jawatankuasa Perayaan Hari Kebangsaan

    4. Jawatankuasa Perayaan Pesta Menuai

    5. Jawatankuasa Perayaan Maulidur Rasul (bagi Penolong Pegawai Daerah beragama Islam)

    6. Jawatankuasa Kecil Gerakan Membaca

    7. Jawatankuasa-jawatankuasa 'Adhoc' lain yang ditubuhkan dari masa ke semasa

  Laman ini dikemaskini pada : 30 Ogos 2016

Notis Penafian : Pejabat Daerah Kecil Matunggong tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

Paparan Terbaik : Portal ini paling sesuai dipaparkan melalui pelayar Mozila Firefox dan Google Chrome; Resolusi paparan 1024 x 768 pixels


 

PEJABAT DAERAH KECIL MATUNGGONG, KUDAT, SABAH

Notis Hakcipta   |   Dasar Privasi    |  Dasar Keselamatan  |   Peta Laman

Hakcipta © 2015 by Pejabat Daerah Kecil Matunggong, Sabah, Malaysia