A- A A+

 

Daerah Kecil Matunggong telah diwujudkan secara rasmi pada 1 Mac 1995. Ianya terletak di pertengahan di antara Daerah Kota Marudu (36km ke Daerah Kota Marudu di sebelah Selatan) dan Daerah Kudat (42km ke Daerah Kudat di sebelah Utara). Keadaan bentuk permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dapat dihubungi melalui jalan darat iaitu jalanraya. Daerah ini mempunyai satu kawasan Pilihanraya Negeri iaitu N.4 Matunggong dan kawasan Pilihanraya Parlimen P.147-Bandau. Daerah Kecil Matunggong adalah di bawah Pentadbiran Pegawai Daerah Kudat.

Keluasan

Daerah Kecil Matunggong mempunyai keluasan lebih kurang 263 km persegi (ukuran tidak rasmi).

Topologi Dan Iklim

Keadaan bentuk muka bumi Daerah Kecil Matunggong adalah berbukit - bukau dan masih diliputi oleh hutan - hutan kecil (muda) dan hutan simpan kelas tiga. Purata taburan hujan bulanan ialah di antara 32.4mm ke 96.4mm dengan suhu di antara 22c hingga 31c. Keadaan anginnya pula bertiup dari beberapa hala seperti Angin Barat (musim tengkujuh) yang biasanya bertiup pada bulan Jun hingga Oktober dan angin dari arah Timur Laut, Utara, Timur, Tenggara dan Selatan yang bertiup tidak mengikut masa.

Mukim Dan Kampung

Daerah Kecil Matunggong terbahagi kepada 6 mukim dan mengandungi 128 kampung. Mukim - mukim yang dimaksudkan ialah :-

  1. Mukim Matunggong
  2. Mukim Tambuluran
  3. Mukim Bengkongan
  4. Mukim Mangaris
  5. Mukim Pinawantai
  6. Mukim Dualog Sikuati

Bilangan kampung yang ada boleh dikategorikan seperti berikut:-

Bil Jenis Kampung Bilangan
1 Kampung Tradisi 103
2 Kampung Baru 18
3 Taman Perumahan 1

Penduduk

Pada tahun 2009, bilangan penduduk di daerah ini dianggarkan seramai 37,987 orang. Penduduk daerah ini terdiri daripada pelbagai suku kaum / etnik seperti Rungus yang merupakan penduduk majoriti (50%), Bajau / Ubian (15%), Irranun (15%) dan lain - lain (20%).

Peratus pertumbuhan penduduk daerah ini ialah 6.53 peratus setahun.

Bilangan penduduk mengikut etnik adalah seperti berikut:-

Bil Suku Kaum / Etnik Bilangan
1 Rungus 23,500
2 Bajau 1,300
3 Irranun 1,200
4 Cina 350
5 Lain - lain 510
Jumlah 26,860

Anggaran pecahan penduduk mengikut suku kaum dan agama adalah seperti berikut:-

Bil Bangsa
Agama
Islam Kristian Buddha Lain-lain Agama
1. Melayu 20      
2. Irranun 550      
3. Kadazan/Dusun/Rungus 840 18,210   2,300
4. Bajau 1,200      
5. Cina 700 550 250  
6 Lain-lain 700 50 10 200
Jumlah 3420 18,765 260 2,500

Pekerjaan Penduduk

Pecahan pekerjaan penduduk daerah ini adalah seperti berikut:-

  1. Pertanian – 60%
  2. Ternakan – 15%
  3. Perikanan – 10%
  4. Pekerjaan lain (Sektor awam, sektor swasta dan lain - lain) – 10%
  5. Hasil Kraftangan seperti membuat anyaman, sulaman, membuat gong dan kulintangan – 5%

Kemudahan Awam / Infrastuktur

Terdapat pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan penduduk - penduduk di daerah ini. Kerajaan telah menyediakan kemudahan asas kepada penduduk antaranya ialah jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, sekolah, klinik kesihatan, balai raya dan telefon awam.

Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan

Oleh karana penduduk daerah ini adalah terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum, maka sudah tentu daerah ini kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian. Suku kaum Rungus misalnya sangat terkenal dengan tarian "Mongigol" dan "Sumundai" yang lazimnya diiringi dengan paluan gong yang dipanggil "Mengagong" atau "Mitogunggu". "Mongigol", "Sumundai" dan "Mitogunggu" adalah kebudayaan istimewa dan kebiasaannya hanya dipersembahkan semasa majlis keramaian misalnya majlis perkahwinan, pesta kaamatan dan lawatan orang - orang kenamaan.

  Laman ini dikemaskini pada : 30 Ogos 2016

Notis Penafian : Pejabat Daerah Kecil Matunggong tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

Paparan Terbaik : Portal ini paling sesuai dipaparkan melalui pelayar Mozila Firefox dan Google Chrome; Resolusi paparan 1024 x 768 pixels


 

PEJABAT DAERAH KECIL MATUNGGONG, KUDAT, SABAH

Notis Hakcipta   |   Dasar Privasi    |  Dasar Keselamatan  |   Peta Laman

Hakcipta © 2015 by Pejabat Daerah Kecil Matunggong, Sabah, Malaysia