custom background color for joomla articles
A- A A+

 

Pentadbiran Pejabat Daerah Kecil

Penolong Pegawai Daerah adalah selaku Ketua Jabatan dan Ketua Pentadbir kepada tiga bahagian yang terdapat di dalam pentadbiran pejabat ini. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Bahagian Mahkamah Anak Negeri. Bahagian-bahagian berkenaan masing-masing ditadbir oleh Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Daerah:

  1. Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan - Diketua oleh Penolong Pegawai Daerah.
  2. Bahagian Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar - Diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah.
  3. Bahagian Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri - Diketuai oleh Ketua Daerah.

  • Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan

        Bahagian ini bertanggungjawab mengurus:
      1. Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Tahunan.
      2. Pemungutan Hasil.
      3. Perlesenan.
      4. Perakaunan (memproses baucer-baucer pembayaran pembelian tempatan, tuntutan elaun-elaun perjalanan, elaun Ketua Kampung, gaji kakitangan dan sebagainya).
      5. Urusan Fail.
      6. Pengurusan Pejabat (kebersihan pejabat dan sebagainya).
      7. Pentadbiran pelbagai Undang-undang.
      8. Hal-hal Perjawatan.
      9. Urusan Tawaran dan Sebutharga.
      10. Perlantikan Ketua Daerah/Ketua Anak Ngeri/Wakil-wakil Ketua Anak Negeri/Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung.
      11. Keselamatan.
      12. Urusan Kehakiman.
      13. Urusan Pilihanraya.


  • Bahagian Pembangunan

        Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk mengurus:
      1. Perancangan projek-projek pembangunan.
      2. Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar.
      3. Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.
      4. Pentadbiran JKKK.
      5. Mengemaskini data-data dalam Bilik Gerakan.
      6. Mengemaskini PMS on-line.


  • Bahagian Mahkamah Anak Negeri

      Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan Mahkamah Anak Negeri seperti berikut:
    1. Tuntutan Waris
    2. Perkahwinan
    3. Penceraian
    4. Pemberian Sijil Anak Negeri
    5. Pentadbiran Ordinan Mahkamah Anak Negeri
    6. Pembicaraan kes-kes yang ada kaitan dengan adat resam
    7. Memproses permohonan mengangkat anak (adoption)

 

Antara Piagam Pelanggan PD(K)MTG ialah:

  • Melaksanakan tugas dengan penuh amanah, bijak, cekap dan berkesan.
  • Berusaha meningkat prestasi kerja dengan kesungguhan agar dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan.
  • Membuat keputusan dengan adil dan saksama tanpa sebarang keraguan dan ketidakadilan.
  • Memberikan perkhidmatan pembayaran yang adil dan cekap.
  • Memberikan perkhidmatan yang mesra.

Harap Maaf. Maklumat Sedang Dikemaskini.

 

 

 

Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah Kecil Matunggong. Kejayaan memaparkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif Pejabat ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT. Jabatan ini adalah komited dan akan terus berusaha dengan gigih dan pro-aktif terhadap peningkatan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang demi memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati setiap pelanggan.

Adalah menjadi hasrat Pejabat Daerah Kecil Matunggong agar laman web ini dapat berperanan sebagai perantara dan penghubung yang berkesan sesuai dengan fungsinya untuk menyediakan maklumat yang bermanfaat kepada pelanggan.

Melalui laman web ini juga, jabatan ini akan berusaha memastikan perkhidmatan IT yang diberikan akan mengandungi maklumat yang tepat dan kemaskini kepada pelanggan dari masa ke semasa. Akhir kata, terima kasih kerana melayari Laman Web Pejabat Daerah Kecil Matunggong.

Sekian dan terima kasih.

BIANUS KONTONG
Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong

 

Objektif jangka panjang Pejabat Daerah Kecil adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat seperti:

  • Memastikan agar matlamat serta dasar-dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan asas kepada masyarakat setempat.
  • Menyelaras program dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan di peringkat daerah.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan.

Tuesday, 12 November 2019
Tuesday, 21 Ābān 1398
Tuesday, 14 Rabi' al-awwal 1441
November 2019
S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

050478
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
8
30
128
50025
592
1510
50478

Your IP: 3.233.226.151
12-Nov-2019 06:54

  Laman ini dikemaskini pada : 30 Ogos 2016

Notis Penafian : Pejabat Daerah Kecil Matunggong tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

Paparan Terbaik : Portal ini paling sesuai dipaparkan melalui pelayar Mozila Firefox dan Google Chrome; Resolusi paparan 1024 x 768 pixels


 

PEJABAT DAERAH KECIL MATUNGGONG, KUDAT, SABAH

Notis Hakcipta   |   Dasar Privasi    |  Dasar Keselamatan  |   Peta Laman

Hakcipta © 2015 by Pejabat Daerah Kecil Matunggong, Sabah, Malaysia