ENAMKEM TAMAN-TAMAN ( PINDAAN ) 1996

 
Adalah menjadi kesalahan dalam Taman:
 
(a) Memotong, menebang, merosak, mengalih, mencedera, memusnah atau membakar mana-mana pokok atau tumbuhan dilindungi di dalam sesuatu Taman;
(b) Memotong, merosak, mengalih, mencedera, memusnah atau mengebom mana-mana karang ( sama ada karang hidup atau mati ) di dalam sesuatu Taman;
(c) Memasukkan ke dalam sesuatu Taman atau semasa berada dalam batasnya, memiliki apa-apa senjata, bahan letupan, jerat, racun atau bahan berbahaya;
(d) Di dalam sesuatu Taman, memburu, membunuh, mencedera, menangkap atau menganggu apa-apa haiwan selain daripada karang ( sama ada hidup atau mati ) atau mengambil atau memusnahkan apa-apa telur atau sarang;
(e) Memotong, merosak, mencedera atau memusnah atau membakar apa-apa tumbuh-tumbuhan ( selain daripada pokok atau tumbuhan dilindungi ) atau apa-apa benda yang mempunyai kepentingan kajibumi, pra-sejarah, kesan purba, sejarah atau kepentingan sains yang lain di dalam sesuatu Taman;
(f) Memasukkan apa-apa haiwan atau membenarkan sesuatu haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau ke dalam sesuatu Taman atau tumbuh-tumbuhan ke dalam sesuatu Taman;
(g) Mengalih dari sesuatu Taman apa-apa haiwan atau tumbuh-tumbuhan sama ada hidup atau mati;
(h) Mengalih dari sesuatu Taman apa-apa galian atau benda yang mempunyai kepentingan kajibumi, pra-sejarah, kesan purba, sejarah atau kepentingan sains yang lain;
(i) Merosakkan atau mencacatkan apa-apa objek, sama ada bernyawa atau tidak bernyawa, didalam sesuatu Taman;
(j) Membina apa-apa bangunan didalam sesuatu Taman;
(k) Menerangkan atau memecahkan apa-apa tanah didalam sesuatu Taman.

HUKUMAN

  1. Kesalahan bagi perenggan (a) dan (b)-penjara selama 3 tahun dan denda RM100,000.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu ).

  2. Kesalahan dalam perenggan (c),(d),(e),(f),(h),(i),(j) dan (k)-penjara selama satu tahun dan denda RM25,000.00 ( Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu )


Sumber: Pengarah Taman-Taman Sabah Kota Kinabalu.