|
|
|
Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan; Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus; Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat; Mengadakan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan; Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memujupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini; Memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya; Menyertai aktiviti perniagaan denga syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini dan tidak sebahagianpun daripada wang atu keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan dan bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk mambayar gaji atau perbelanjaan atu kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini. |