AMANAH,JUJUR
DAN BERHEMAH
-
Sebagai persediaan menghadapi
tugasan harian yang dirancang warga PDKP harus memiliki semangat dedikasi
dalam menerima tugas dan amanah yang diberikan. Bersikap jujur terhadap
kerja, berhemah dalam tindakan dan bijak membuat keputusan.
Keatas
|
BERTANGGUNGJAWAB
-
Pegawai dan kakitangan yang
diamanahkan perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh
menyempurnakannya ketahap kecemerlang.
Keatas
|
PROFESSIONAL,
CEKAP DAN PROAKTIF
Setiap tugas dan tanggungjawab
perlu dilaksanakan secara professional, cekap dan proaktif. Melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan profesionalisma dalam bidang
tugas agar lebih cekap dan proaktif.
keatas
|
BERKERJASAMA
-
Memandangkan hampir semua tugas
organisasi memerlukan perlaksanaan secara berkumpulan, maka semangat berkerjasama
amat diperlukan. Tugas yang memakan masa yang lama jika dilakukan secara
berkerjasama akan dapat dipercepatkan dan menjadi lebih mudah. Sifat berkerjasama
juga akan mengeratkan hubungan didalam organisasi dan meningkatkan kualiti
dan produktiviti.
Keatas
|
BERDISPLIN
-
Berdisplin akan dapat mengawal
diri seseorang untuk sentiasa berperilaku dan berlandaskan undang-undang,
peraturan, prinsip dan nilai murni. Bagi penjawat awam yang berdisplin
mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan tekun tanpa penyeliaan
rapi.
Keatas
|
ADIL,
DAN SAKSAMA
-
Membuat pertimbangan yang adil
dan saksama dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang,
peraturan dan fakta yang lengkap dan tepat
Keatas
|
BERDEDIKASI
Berdedikasi bermaksud bahawa
seseorang hendaklah sentiasa menunjukan kesungguhan dalam melaksanakan
tugas dan menyempurnakannya ke tahap yang terbaik.
|
INISIATIF
DAN INOVATIF
-
Dalam menghadapi cabaran dan
hala tuju tugasan harian, setiap warga PDKP harus memiliki daya usaha dan
daya pemikiran yang tinggi.
Keatas
|
|
Sumber:
Pejabat Daerah Kuala Penyu.
|