|

Pejabat Daerah Kuala Penyu menyediakan laman web
untuk memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan kami dan juga orang awam
untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Laman web ini mengandungi beberapa
perkara tentang struktur organisasi pejabat, fungsi, pembangunan daerah,
pelancongan dan lain-lain.
Oleh
yang demikian, saya mengalu-alukan anda semua agar melayari laman ini.
Moga-moga anda akan dapat pengetahuan dan maklumat yang mungkin menarik dan
berguna. Pada peringkat awal ini, maklumat yang dipaparkan tidak begitu
lengkap. Namun kami akan terus berusaha untuk memperbaiki laman ini dari segi
persembahan dan isi kandungan.
Laman web ini juga memaparkan satu aktiviti tahunan peringkat daerah Kuala
Penyu iaitu Pesta Rumbia yang dianjurkan sejak 1990. Pesta ini telah
dimasukkan dalam kalender pelancongan Sabah dan tarikh penganjuran ditetapkan
pada 06, 07 dan 08 Julai pada setiap tahun mulai 2002.
Pihak kami mengalu-alukan apa-apa syor dan komen dari anda untuk memperbaiki
lagi laman ini. Kami juga akan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan pejabat
daerah melalui laman ini bersesuaian dengan dasar Kerajaan elektronik.
Dalam kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada kakitangan pejabat daerah Kuala Penyu di atas usaha dan komitmen
untuk membina laman ini.
Sekian, terima kasih.
(
EDMUND TEO
)
PEGAWAI DAERAH KUALA PENYU
|