| Geografi
Daerah Kuala Penyu
mempunyai keluasan kurang lebih 175 batu persegi (45,324.82 hektar) terletak
di kawasan Pedalaman negeri Sabah. Ia terletak di penghujung Barat Laut
Bahagian Pedalaman, bersempatan dengan daerah Beaufort ke arah Barat Laut
China Selatan dan diseberangi Selat ke arah penghujung Barat Daya adalah
Wilayah Persekutuan Labuan. Jarak jauh daerah ini dari Kota Kinabalu ialah
130KM, dari Beaufort 45KM, Menumbok 45KM dan Membakut 30KM. Ia boleh dihubungi
dengan bot laju ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui Menumbok. Hampir
kesemua kampung-kampung di daerah ini dihubungi dengan jalanraya.
Daerah Kuala Penyu
mempunyai keluasan 45,326 hektar atau 112,000 ekar. Daripada jumlah keluasan
ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar atau 51% tanahnya adalah sesuai untuk
diusahakan pembangunan aktiviti pertanian.
Dari segi Geografi, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali dipersisiran pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort. Rangkaian jalanraya merupakan jalan utama kepada sistem perhubungan ke kampung-kampung di daerah ini. Iklim Keadaan cuaca daerah
ini agak kering. Cuaca panas biasanya bermula pada bulan Januari hingga
bulan April manakala musim hujan biasanya bermula pada bulan Mei hingga
Disember. Purata suhu ialah diantara 70 - 80 F. Purata curahan hujan bulanan
ialah 178mm, manakala jumlah curahan hujan setahun ialah diantara 1582.4mm
hingga 3024.6mm.
|