|
Pertanian, penternakan,
perikanan dan sedikit sektor perniagaan dan perindustrian kecil adalah
nadi kehidupan sosio-ekonomi penduduknya dalam meniti liku-liku arus pembangunan.
Dalam kedudukan itu sejumlah 75% daripada penduduk daerah ini terbabit
secara langsung kepada kehidupan bertani dan menjadi nelayan.
Industri pelancongan memainkan peranan penting di dalam menarik ramai pelancong tempatan mahupun dari luar negeri berkunjung ke daerah ini. Selain daripada Taman Negara Pulau Tiga, Taman Peranginan Sawangan dan Pulau Ular yang telahpun diketahui umum, terdapat juga tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan berpotensi dijadikan Taman Peranginan seperti Pantai Berbatu (Rocky Beach) di kampung Kiambor, Pantai Batu Luang dan Pantai Temputung.- Dipetik dari Sumber: Pejabat
Daerah Kuala Penyu ( Salinan daripada eMas )
|