
|
Pentadbiran
Pendahuluan Pejabat Daerah Kunak, yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil, mula beroperasi pada Januari, 1965. Pembinaan bangunan pejabat ini siap dibina dalam pertengahan tahun 1964. Pada awal operasinya, pejabat ini diketuai seorang Ketua Kerani. Hanya pada Januari 1965 barulah seorang pegawai dari daerah Lahad Datu dihantar untuk mentadbirnya. Pada ketika itu, Penolong Pegawai Daerah dibantu oleh seramai empat orang kakitangan terdiri daripada seorang Ketua Kerani, seorang Kerani Am, seorang Peon dan seorang pemandu. Pejabat ini diletak di bawah pentadbiran Daerah Lahad Datu. Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas selaku Ketua Pejabat di pejabat ini ialah Encik Thomas Koroh. Beliau bertugas dari Jan 1965 hingga November 1966. Pegawai-pegawai lain yang pernah bertugas di Pejabat Daerah Kecil, Kunak sebagai Penolong Pegawai Daerah adalah seperti berikut;-
Pejabat Daerah Kecil, Kunak dinaik taraf sebagai Pejabat Daerah pada 01 Julai 1981. Encik Salleh Bin Ajak merupakan orang yang pertama menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Kunak. Pada 05 Oktober, 1983, bangunan pejabat ini diubahsuai untuk memenuhi keperluan sesuai dengan pertambahan anggota dan peralatan. Senarai Pegawai-Pegawai Daerah;-
Pentadbiran Pejabat Daerah Kunak dinaiktarap dengan pertambahan satu lagi jawatan Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar/Pemangunan) pada Julai 1985. Dengan pertambahan ini, Pegawai Daerah Kunak dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Daerah. Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) diletak di Bahagian Pentadbiran manakala Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar/Pembangunan) diletak di Bahagian Pembangunan. Senarai Penolong-Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan);-
Pejabat Daerah atau Pentadbiran Daerah pada hari ini masih merangkumi fungsi-fungsi asas yang dilaksanakan di bawah pentadbiran British seperti;-
Bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan utama dari segi penekanan, objektif dan liputan pentadbiran daerah pada hari ini. Sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), penekanan ditumpukan kepada pembangunan, manakala objektif dijuruskan kepada peningkatan taraf hidup rakyat (sosio-ekonomi), pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk mempastikan kekayaan negeri dan sumber-sumber hasil dapat dibahagikan sama rata dan secara adil kepada rakyat. Berdasarkan kepada objektif-objektif dan penekanan baru inilah, maka senarai tanggungjawab Pegawai-pegawai Daerah mengalami perubahan dan pertambahan terutama dari segi pentadbiran pembangunan seperti perlaksanaan projek-projek kecil luar bandar dan penyelarasan aktiviti pembangunan di peringkat daerah. Selain itu, pendekatan pentadbiran dan kepimpinan di daerah juga mengalami perubahan. Kewujudan pemimpin-pemimpin lain yang mewakili parti-parti politik khususnya parti politik yang memerintah, sedikit sebanyak telah mempengaruhi perubahan pendekatan pentadbiran dan kepimpinan Pegawai Daerah. Kalau sebelum merdeka Pegawai Daerah merupakan satu-satunya pemimpin di daerah, tetapi sekarang sudah berubah. Pegawai Daerah bukan sahaja perlu berunding dengan pemimpin-pemimpin politik, tetapi harus berkerjasama dengan lebih rapat dengan wakil-wakil rakyat di daerah masing-masing. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada masa kini ahli-ahli polittik bertanggungjawab menyuarakan aspirasi rakyat sementara Pegawai Daerah merupakan agen pelaksana aspirasi rakyat. Pemansuhan Pejabat Dan Jawatan Residen: Selain daripada perubahan-perubahan di atas, struktur pentadbiran dan organisasi Pejabat-pejabat Daerah juga turut berubah. Perubahan ini berlaku apabila pejabat dan jawatan Residen dimansuhkan pada 01 Januari 1979. Dengan pemansuhan ini, Pegawai-pegawai Daerah berhubung dan bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Pengwujudan / Pemansuhan Bahagian Pentadbiran Daerah: Untuk melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran Pejabat-pejabat Daerah, sebuah badan atau bahagian yang dinamakan Bahagian Pentadbairan Daerah di bawah Jabatan Ketua Menteri diwujudkan pada tahun 1980. Bahagian ini menyelaras aktiviti dan peruntukan perbelanjaan pembangunan Pejabat-pejabat Daerah. Bagaimanapun, Bahagian ini dimansuhkan pada 30 Jun 1990 selaras dengan penggredan semula jawatan Pegawai-pegawai Daerah dan bertujuan untuk mengelakkan lapisan dan pertindihan tugas dalam perkhimatan awam. Pejabat-pejabat Daerah Di Bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar: Ekoran daripada pemansuhan Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat-pejabat Daerah kini diletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Perbezaan Pegawai Daerah sebelum dan selepas tahun 1963 dan masa kini:
Untuk menjadikan PEJABAT DAERAH sebagai sebuah agensi kerajaan yang mampu memberi sumbangan secara maksimum dan total kearah mencapai matlamat dasar pertanian dan pembangunan negara. Objektif Pejabat Daerah: Pejabat Daerah adalah dianggap sebagai penyelaras utama (chief coordinator) ke atas semua aktiviti pembangunan di peringkat daerah dan sebagai cawangan tempatan yakni perantara di antara rakyat dengan Urusetia Negeri ( State Secreteriat) dan Kerajaan Persekutuan. Objektif jangka panjang Pejabat Daerah adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat seperti:-
2. Peruntukan Ahli Parlimen 3. Peruntukan Projek Kecil Kerajaan Negeri 4. Peruntukan Projek Kecil Persekutuan
Pegawai Daerah adalah selaku Ketua Jabatan dan Ketua Pentadbir kepada empat bahagian yang terdapat di dalam pentadbiran pejabat ini. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pembangunan Luar Bandar,Bahagian Mahkamah Anak Negeri, dan Bahagian Tanah. Bahagian-bahagian berkenaan masing-masing ditadbir oleh seorang ketua;-
1. Pentadbiran Am & Kewangan:
Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) bertindak sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah dan urusan pentadbiran tanah di peringkat daerah untuk menguatkuasakan Unang-undang tanah seperti berikut:-
Pegawai Daerah bertindak sebagai Pengerusi Majlis Daerah dalam urusan pentadbiran bagi menguatkuasakan Undang-undang seperti berikut:-
Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dilantik sebagai Ex Officio "Second Class Majsitrate" untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut ;-
Pegawai Daerah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dilantik sebagai Setiausha Jawatankuasa Pentadbiran Luar Bandar Daerah untuk menguruskan pemilihan / perlantikan Ketua Daerah / Ketua Anak Negeri / Pemimpin Masyarakat Cina / Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. 7. Mahkamah Anak Negeri; Pejabat Daerah juga terlibat dalam pentadbiran Mahkamah Anak Negeri. Pegawai Daerah mendengar apil daripada Mahkamah Anak Negeri serta memeriksa semula (review) kes-kes keputusan-keputusan Mahkamah Anak Negeri menurut kehendak "Native Court Ordinance Cap. 86". 8. Perlesenan; Pejabat Daerah bertindak sebagai pihak berkuasa perlesenan untuk mengeluarkan lesen-lesen seperti berikut:-
Pegawai Daerah bertindak sebagai Pendaftar Pemilih dan juga sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya apabila pilihanraya diadakan. 10. Fungsi-fungsi Berkanun Yang Lain; Pegawai Daerah juga terlibat dalam pentadbiran Undang-undang seperti:-
a). Protokol Pegawai Daerah bertindak sebagai Pegawai Protokol untuk menerima tetamu-tetamu kenamaan (VIP) bagi lawatan-lawatan di daerah. b). Perayaan dan Majlis-majlis Rasmi Pegawai Daerah bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir perayaan dan majlis-majlis rasmi Kerajaan di daerah. 12. Pengerusi/Ketua Pelbagai Agensi dan Badan Sukarela: Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi persatuan dan jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut;-
1. Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan Bahagian ini bertanggungjawab mengurus;-
Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk mengurus;-
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan Mahkamah Anak Negeri seperti berikut;-
Bahagian ini diketuai oleh seorang Penyelia Tanah. Kakitangan di bahagian ini adalah dibawah kawalan Jabatan Tanah & Ukur. Pegawai Daerah terlibat dalam pentadbiran tanah di peringkat daerah sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah. Tugas-tugas dan tanggungjawab bahagian ini adalah seperti berikut;-
Bangunan Mini Urusetia Daerah Kunak mula di bina pada 07 Disember, 2000. Bangunan ini siap sepenuhnya dalam bulan Julai 2002. Pentadbiran Pejabat Daerah Kunak berpindah ke bangunan ini pada 26 Julai, 2002. Encik Wong Foo Tin adalah Pegawai Daerah Kunak ketika itu. Pentadbiran Mukim Dan Kampung Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 18 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung. Senarai kampung
Pentadbiran JKKK dan Ketua Kampung Jumlah JKKK di kawasan D.U.N. N41 Kunak (kini N51 ekoran persempadanan baru berkuatkuasa pada tahun 2004) adalah sebanyak 74 buah iaitu 36 buah terletak di Daerah Kunak dan 38 buah terletak di daerah Semporna. Jumlah Ketua Kampong bagi Daerah Kunak ialah 18 orang. Banci Penduduk Dan Perumahan Daerah Kunak Tahun 2000. Di bawah adalah statistik Banci Penduduk dan Perumahan bagi daerah Kunak mengikut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2000:- Tempat Kediaman;
Dengan isi rumah berjumlah 5,568. Penduduk (Hari Banci);
|
||||||||||||||||
|
| Perutusan | Pentadbiran | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Pembangunan Ekonomi | | Pembangunan Fizikal | Program PPRT | Infrastruktur | Perhubungan | Projek Masa Depan | Pencapaian | |